Penulis tak perlu akur dengan hujah kamu


Tuesday, 17 May 2016

BERHENTILAH DARI TERTONGGENG-TONGGENG

Photo credit: gigitankerengga.blogspot.com

Ada orang bila putus cinta terus gila menonggeng. Tertonggeng-tonggeng menangis. Kononnya "cinta-suci" dah putus. Karutnya orang ni. Mana ada cinta suci. Sikit-sikit cinta suci, sikit-sikit cinta suci. Kalau istilah cinta sejati bolehlah diterima. Suci tu hanya diabadikan antara manusia dengan Pencipta.

Cinta antara kekasih tak sepatutnya hari-hari datang dan hari-hari pergi, maksud aku bertukar ganti. Cinta sejati sebenarnya berakhir hingga ke kubur. Itu namanya cinta sejati.

Putus cinta ni memang terjadi. Kadang-kadang disebabkan orang ketiga, ke empat atau orang kelima. Ramai yang tak tau, cinta ni sebenarnya ada nyawa sendiri. Bila dia sihat dia segar. Itu yang tak berhenti cakap "I love you." Sikit-sikit kata "I love you."  Meluat aku.

Sebenarnya ada tenaga yang mengerakkan nyawa cinta. Tenaga itulah yang menghidupkan hubungan. Tenaga tu mesti sentiasa padu, sentiasa kental. Kalau nak tau apa dia tenaga tu, di ruangan lain aku huraikan. Bila kurang tenaga, hubungan jadi pudar. Bila habis tenaga cinta tu pun mati. Kadang-kadang kita marah tetiba hubungan jadi pudar. Kita dah lupa ke yang jodoh ni sama ada panjang atau pendek  ketentuan Nya.

Photo credit: internet

Ada yang kena tinggal dengan kekasih merasa kecewa. Menangis ke hulu, menangis ke hilir. Kalau dia tu lelaki memang sesuai dipanggil "jantan tak tau malu." Lepas tu dia kata "Cinta aku putus sebab dikecewakan." 

Mana ada putus cinta. Cinta tu bukannya tali, bukannya rantai. Kalau hubungan yang putus tu menasabahlah. Kalau tak boleh teruskan bercinta walau dengan apa alasan pun, bermakna cinta tu dah mati. Cinta ni kan bernyawa, habis nyawa matilah cinta. Susah sangat ke nak sebut mati.  Sebut macam ni "Cinta saya sudah mati." Kalau rasa kasar sangat nak sebut dalam bahasa Melayu, sebut dalam bahasa Inggeris, "My love is dead." Jangan sebut "My lover is dead." Itu tak betul.

Jangan takut nak sebut perkataan mati. Dalam bidang kedoktoran pun ada perkataan mati. Kalau orang tu dah tak bernyawa, doktor akan tulis "He is dead." Dia tak tulis, "Dia dah putusa nyawa." The truth must be told.

Mana yang sedang menangis menonggeng sebab kena tinggal dengan kekasih, berhentilah dari menangis. Stop it. Bukan dia aja yang ada dalam dunia ni. Ramai lagi yang ada. Sepatutnya kamu bangga bila kekasih dirampas sebab dari awal kamu dapat melepaskan orang yang tak setia. Jadikan kesah cinta yang dah mati tu tersimpan di dalam memori.

Photo credit: rarehistoricalphotos.com

Yang sedang frust sebab cinta dah mati tu, dengar sini. Lupakan dia. Tunggu yang lain. Ingat nasihat aku ni: lepas ni kalau kamu bercinta lagi kamu ibaratkan kekasih baru kamu tu sebagai bantal busuk. Bantal busuk kalau kena curi pun kamu tak rasa rugi. Tapi jangan beri tau dia yang kamu ibaratkan tu. Kamu boleh panggil dia BB, bererti Bantal Busuk. Kalau dia tanya apa makna BB, kamu jangan beri tau yang sebenar, kamu kata makna BB tu: Beautiful Baby.

Bantal busuk sebenarnya tentu dah pernah kena hinggus, tahi mata, air liur basi. Kadang-kadang tahi hidung pun ada. Bau bantal tu mesti busuk. Tak rugikan kalau ada orang lain rampas bantal busuk kamu.

You there listen to me. Don't waste your time on your ex,  move on. When you lose a lover it's like getting a bad haircut. It grows back. I don't want to be blunt here but you need to know it. There is someone out there for you. Cuma Allah belum membuka hati masing-masing. In syaa allah.

(Semua gambar dan video dalam page ini tiada kaitan dengan cerita, semata-mata hiasan)

This site belongs to us and the stories are ours. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. Your stories and wisdom are just as meaningful as mine. 


Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama dan kaum dan sensitiviti individu.


Klik gambar untuk besar
Menjana Kesihatan Sempurna

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...