credit to: girlsmagpk.com
Suatu petang aku terpaksa keluar lewat dari pejabat kerana menyiapkan kerja. Kerja tu taklah susah sangat hanya tinggal mengemaskini tapi memandangkan benda tu boss nak bentang ke mesyuarat management terpaksa aku buat selengkap yang boleh.
Macam biasa ada tiga orang cleaner masuk ke jabatan pada waktu tu untuk membersihkan pejabat. Kadang-kadang dua orang. Kesemuanya perempuan. Kesemuanya dah lama kerja tapi aku tak tau nama mereka disebabkan hampir beratus cleaner yang ada dan mereka bergilir-gilir mencuci jabatan aku. Yang aku tau bila jumpa mereka aku senyum, tidak lebih dari itu.
Aku beri tau kat cleaner tu bilik aku tak perlu dibersihkan sebab aku tak mau hilang tumpuan kerja. Aku tutup pintu bilik, terus dengan kerja aku hingga tak sedar bila cleaner tu balik.
Tak lama lepas tu masuk semula se orang cleaner terus ke bilik aku. 0h my goodness! How beautiful she was. "Apa kabar tuan," dia bertanya. Aku tak jawab pun pertanyaan dia sebaliknya aku tanya apa nama dia, kenapa masuk ke bilik aku.
HARYATI: Nama saya Haryati tuan. Saya mau tanya sikit sama tuan. Boleh ke tuan?
AKU: Ada apa hal ni?
HARYATI: Begini tuan. Esok saya ada wawancara untuk jadi rakyat Malaysia. Apa harus saya jawab bila dia tanya.
AKU: Laaaa... mana saya tau apa yang dia mau tanya.
HARYATI: Tuan agak dia akan tanya Rukun Negara tak?
AKU: Saya tidak tau tapi kalau kamu hafal lagi bagus. Kamu sudah duduk di sini sepatutnya kamu menghayati rukun tu.
HARYATI: Sudah lama saya mohon jadi orang Malaysia. Sejak itu saya hafal tuan.
AKU: Hafal sahaja tidak guna. Kamu mesti tau ertinya sekali. Baru kamu boleh hayatinya. Lama atau cepat kamu memohon itu bukan masalah. Mesti ada tempoh permastautin baru kamu boleh dipanggil untuk interview. Lagi pun bukan kamu se orang sahaja yang memohon. Kamu tau lagu Negaraku?
HARYATI: Tau tuan. Di sebelah pagi saya kerja kantin sekolah. Petang hari kerja di sini. Hari-hari saya dengar lagu tu pak.
AKU: Kamu boleh nyanyi lagu tu?
HARYATI: Kenapa pak, saya disuruh nyanyi nanti ya?
AKU: Kalau saya jadi pegawai yang interview, sudah tentu kamu gagal. Yang saya tanya kamu tak jawab, sebaliknya kamu yang soal saya.
HARYATI: Maaf tuan.
Hampir satu jam dia duduk depan aku bercerita. Sebenarnya aku tidak mengajar dia apa-apa sebab aku tak tau apa perkara yang nak aku ajar. Aku lebih banyak bertanya. Setiap pertanyaan aku dia ambik berat kerana dia percaya pertanyaan aku ada kaitan dengan temuduga dia.
Our conversation was not mainly about her interview; it's about her life; it's about honesty and as much truth as she could tell without coming too close to her privacy.
I learned from Haryati that we must never get tired of doing little things for others. Sometimes those little things occupy the biggest part of their lives.
AKU: Saya simpati dengan kehidupan kamu. Saya percaya kamu seorang yang jujur. Kalau kamu rasa kehidupan kamu begitu perit di sini, kenapa kamu tidak pulang ke negara kamu dan tinggal bersama suami?
HARYATI: Saya se orang yang berjiwa kental. Saya mampu hidup indipenden. Saya jujur tuan. Saya tidak takut untuk menjadi diri saya sendiri kerana saya benar.
Selama ini aku memang tidak ambik kesah tentang dia walau pun kerap bersua. Di situ aku mula tertarik dengan peribadinya. Seorang yang berperkerti, tau tentang nilai-nilai kesopanan dan petah berkata-kata. Anggapan aku sebelum ni jauh tersasar kerana sebelum itu aku menganggap dia orang bawahan yang serba kekurangan.
HARYATI: Ada kalanya saya ingin saja pulang ke negara saya tapi di sana segala-galanya sempit tuan. Juga ada kalanya saya ingin saja berterusan begini sebagai tenaga kerja di negara orang secara kontrak. Cukup tempoh saya pulang dan kemudian kembali semula.
AKU: Kedua-dua fikiran itu sempurna. Pertama kamu ingin pulang, kedua kamu ingin terus menjadi buruh di sini. Sejujurnya saya katakan kamu akan menyesal memilih salah satu dari fikiran itu.
Dia seorang ibu tunggal yang ditinggalkan kerana suaminya pulang ke negera asalnya. Haryati menetap di sini dengan seorang anak yang ditumpangkan di pusat asuhan di waktu siang. Dari perbualan itu sedikit sebanyak dia meluahkan kekecewaan hidup terutama tentang rumah tangga dan masyarakatnya.
AKU: Mengapa tidak kamu minta jiran menjaga anak kamu?
HARYATI: Saya mau dia terima pendidikan se awal yang mungkin.
Sebelum berbual dengan dia tadi aku menyombong di hati sebab aku menganggap diri aku terlalu tinggi berbanding dengannya seorang cleaner yang kurang pelajaran bahkan kurang pergaulan serta wang ringgit.
Peribadi Haryati sekarang aku contohi kerana sikap dia yang berterus terang, jujur serta berperkerti tinggi. Dia tidak menyembunyikan kedaifan, tidak menyembunyikan kemiskinan dan dia juga tidak menyembunyikan isi hatinya. Unlike most of the people around us who like to hide everything but highlight the things that are fake because of having too high an opinion of themself.
I am proud of her now and I am proud of myself too as I was able to give her some helps when she most needed. Since then I learnt the meaning of mankind. When a human has to help another, why should I care about nationality, race, colour or gender. At the end, even though she thanked me sincerely, I guess it was me who should have thanked her more."
She was a person with full of goodness. I always treat those who are good with goodness, and also treat those who are not good with goodness. Thus goodness is attained.
Melalui Haryati aku memahami sesuatu iaitu kita semua datang dari pelbagai latar belakang. Status, kekayaan, kemasyhuran dan lain-lain itu hanyalah untuk dunia. 0leh kerana mereka tidak mempunyai apa yang kita ada, ia tidak menjadikan mereka kurang mulia di sisi Allah.
I remember her words before we ended our conversation, "I am sorry sir, I do not have anything right now to offer you. I thank you so much." She said in Malay and smiled.
I placed my hand on her shoulder, smiled and looked into her eyes and replied, "You just offered me your smile. It was beautiful."
Haryati was slightly taken aback by my response.
Haryati Berjumpa Ibu Di Desa (KLIK)
Gambar-gambar dan video dalam page ini tiada kaitan dengan cerita, semata-mata untuk hiasan.
Sila klik teks di sebelah: C r e d i q u e
Klik teks di sebelah: Mencari Haryatie
Klik teks di sebelah: RAKIAN fb anda
Bersih, selesa dan berbaloi.
Klik gambar untuk besarkan imaj
Haryati Berjumpa Ibu Di Desa (KLIK)
Gambar-gambar dan video dalam page ini tiada kaitan dengan cerita, semata-mata untuk hiasan.
Sila klik teks di sebelah: Rakan FB anda
Klik teks di sebelah: HOMESTAY
Klik teks di sebelah: Mencari Haryatie
Klik teks di sebelah: RAKIAN fb anda
Bersih, selesa dan berbaloi.
Klik gambar untuk besarkan imaj
This site belongs to us and the stories are ours. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. Your stories and wisdom are just as meaningful as mine.
Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama dan kaum serta sensiviti individu.
Di mana sekarang Hayati?
ReplyDeleteHaryati berjumpa ibu di desa
Delete