Minggu lepas aku tulis pasal orang tertonggeng-tongeng gagal bercinta tapi masa tu aku tak nyatakan punca-punca gagal bercinta. Terlalu banyak sebab kenapa hubungan tu boleh gagal. Itu pasallah aku tak tulis. Kali ni aku pun tak tulis sebab-sebab gagal dalam hubungan tapi aku nak cerita pasal tanggong-jawab utama semasa bercinta.
Perkara ini aku rasa lebih penting sebab kamu hanya pandai nak becinta tapi tanggong-jawabnya menjaganya kamu tak pandai. Bila gagal kemu sedih, kamu menangis hingga ada yang menonggeng-nonggeng, tertonggeng-tonggeng, berguling-guling, ke depan heboh ke belakang bising sebab dah kena kencing. Baru-baru ni pun ada yang terjun bangunan sebab cinta. Salah siapa?
Kita semua hendak orang dengar kata-kata kita. Bukan setakat dengar tapi sebenarnya kita nak orang mendengar. Kita nak orang dengar luahan hati kita, fikiran kita, idea kita, perasaan kita. Kita kerap bercakap tapi bila kita bercakap siapakah yang betul-betul mendengar kata-kata kita?
Begitu juga dengan orang lain. Siapa pulak yang mendengar kata-kata mereka.
Kamu tidak akan mendengar kalau fikiran kamu sebok memikirkan jawapan apabila se seorang sedang bercakap. Walaupun kamu senyap tapi kamu tak mendengar sepenuhnya sebaliknya memikirkan bagaimana hendak menjawab hujah-hujah dia. Kamu pun tentu tidak mendengar kalau kamu asyik mendiamkan diri kerana fikiran kamu melayang-layang entah ke mana.
Kalau kamu betul-betul ingin mendengar, kamu kena hentikan putaran minda kamu tapi tentukan telinga kamu dengar apa yang dia cakap. Juga kena dengar apa jua yang dia akan cakap. Kalau niat kamu betul-betul nak mendengar, kamu bukan sahaja dengar kata-kata dia tapi kamu juga kena dengar apa yang dia gagal nak beri tau. Kamu jangan dengar melalui telinga sahaja bahkan gunakan hati kamu untuk mendengar.
Biasanya kamu rasa kamu sudah beri dia peluang bercakap tapi kamu tak sedar yang kamu gagal mendengar apa yang dia cakap. Kalau kamu betul-betul mendengar dah tentu kamu dapat tau lebih dari apa yang kamu fikirkan tentang dia sebelumnya dan mungkin kamu dapat membongkar lebih banyak perkara yang nak disampaikannya.
Jangan pulak kamu terus senyap bila kamu tak bersetuju dengan dia. Kamu kena dengar untuk tunjukkan yang kamu hormat pada dia. Kamu kena beri tumpuan sebab mungkin dia akan mencerita sesuatu yang berharga untuk pengetahuan kamu. Dengarlah dia, kalau tidak dengan perkataan mungkin kamu boleh faham melalui gerak tubuh dia sebab ada masanya perkataan gagal menerangkan sesuatu. Ada kalanya makna tersirat di mata.
Kamu mesti ada keberanian untuk berkata-kata tapi kamu juga mesti ada keberanian untuk mendengar. Jadi kamu kena sentiasa sudi mendengar, jangan berkata-kata apabila sedang mendengar dan jaga emosi bila terdapat kata-kata yang tidak menyedapkan telinga kamu. Jangan asyik nak dengar perkara baik tentang kamu saja.
Kamu kena tahu kepentingan mendengar dalam hubungan kerana manusia ingin faham dan difahami. Cara yang sebenarnya untuk memahami ialah mendengar dengan cara yang betul.
Secara mudah aku akhirkan: kepentingan mendengar ialah perkara utama dalam hubungan.
(Semua gambar dan video tiada kaitan dengan tulisan, semata-mata hiasan)
This site belongs to us and the stories are ours. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. Your stories and wisdom are just as meaningful as mine.
Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap: komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama, kaum dan sensitiviti individu.
Saya suka ni. Tulisan Yg Bagus
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSaya suka video kucing tu.
ReplyDeleteSaya pun suka video tu.
DeletePandai kucing tu.