Wednesday, 21 June 2017

HANYA PENJAGA GOL SAHAJA YANG MENUTUP AURAT




Dalam sosial media bermacam-macam ada. Ada penasihat tentang agama. Ada penasihat perniagaan. Ada penasihat tentang pergaulan, penasihat rumah tangga dan lain-lain penasihat lagi.

Ada juga yang suka berfalsafah dan bagi saya falsafah dianggap sebagai satu bentuk nasihat.

Boleh dikatakan macam-macam ada dan semuanya ada. Kita pun bukannya kenal penasihat itu semua. Entah-entah penasihat tu semuanya dua kali lima dengan kita. Tak boleh pakai punya.

Saya tertarik dengan satu tulisan tapi di mana saya bacanya saya sudah lupa. Dia berkata punca rogol disebabkan wanita yang tidak menutup aurat. Aduh, singkatnya fikiran dia. Bukankah rogol itu berpunca dari minda haiwan yang ada pada pelaku. Si perogol menggunakan kesempatan merogol tidak kira sama ada wanita itu menutup aurat atau tidak.

Tidakkah perbuatan itu telah dirancang sebelumnya? Jika betul, adakah dia merancang melakukan ke atas wanita yang tidak menutup aurat sahaja.

Jika dia tidak bersetuju dengan saya tentang ini tidak mengapa tapi saya tetap mengatakan puncanya dari lelaki yang telah hilang beberapa sekerw di otak dan wanita bukan penyebabnya kerana wanita ialah objek dalam kejadian itu.

Mesege yang disampaikannya tidak membuka fikiran saya bahkan menunjukkan kedangkalan mindanya walaupun jika dia se orang ahli agama. Di situ menampakkan seolah-olah wanitalah yang menjadi punca keganasan lelaki.

Adakah itu merupakan satu kempen baginya mengajak wanita Islam supaya menutup aurat tetapi tidakkah ada cara lain untuk mengajaknya. Alangkah baiknya jika wanita kita dinasihat untuk memperkasakan diri mengharungi pancaroba duniawi dan tidak juga lupa mengajak mereka mematuhi semua ajaran Islam kerana imbuhannya akan diberi Allah semasa kita semua di sana.

Memertabatkan wanita-wanita kita adalah lebih afdal dari menuduh mereka sebagai punca kejahatan lelaki.

Wahai wanita-wanita Islam saudaraku, tutuplah aurat sekelian kerana Allah dan jangan sesekali berniat menutupnya kerana tujuan berfeshen. Berfesyen tidak salah kerana niat menutup aurat.


Blog ini menawarkan usahawan untuk beriklan di sini. Nyatakan jenis pengiklanan yang di kehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com

(This site is our's and all stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam kerana sendiri komen sendiri pikul.

Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.




61 comments:

  1. Apa akan terjadi kepada makanan yang pada asalnya bersih dan suci tetapi terdedah tidak pada tempat dan masanya.

    Lalat akan menghurungi, bertelor dan makanan itu menjadi busuk dan berulat.

    Manusia yang hilang beberapa skrew adalah di antara lalat lalat tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Istilah lalat (perogol) dan barang busuk terdedah (wanita tanpa menutup aurat) boleh tererima. Saya setuju tu dgn tuan.

      Kerap kita terbaca di media kebanyakan mangsa ialah kaum melayu. Jarang kita mendengar atau terlalu sedikit kita tahu bangsa asing menjadi mangsa rogol sedangkan mereka memang tidak menutup aurat.

      Saya lebih suka sekiranya wanita kita dididik atau diberi nasihat untuk menutup aurat kerana agama dan bukan seperti yg disebutnya wanita sebagai punca kejahatan lelaki.

      Delete
    2. Terima kasih singgah dan selamat hari raya tuan.

      Delete
    3. peliknya gambar dekat atas tu?? Hmm apakah? Btw saya totally setuju dngan komen keluangman.

      Delete
    4. Nadhie,
      1. Saya pun setuju dgn kluangman. Ayat saya yg pertama di komen ni ada saya nyatakan yg saya setuju dgn dia. Saya tau kluangman. He is a great blogger. Saya bangga dia kerap memberi pandangan almost di semua entry saya.

      2. Hahaha ... Gambar tu hiasan je nad.

      Delete
  2. Setuju tu pkcik.Tak kira tutup sempurna atau tak,kalau fikirn tu dh jht tetap buat jht gak ibarat perompak nk merompak tak peduli rumh kunci atau x..yg penting msa yg sesuai utk merompak tp tetaplah risikonya boleh dikecilkn klo pakai security,lebih terjamin gituuh.Mcm tu la jgk dgn yg terdedah dgn yg tertutup.Namun semua tu analogi smata2.Luruskan niat kerana Allah semata2,itu tujuan sebenarnya kan.insyaAllah semua okay saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak perlu ulas komen mas_fvome, semua saya setuju. Kalau ulas pun serupa apa yg tertulis tu.


      Selamat hai raya dan jangan lupa main meriam buluh malam raya.

      Delete
  3. Saya tak perlu ulas komen mas_fvome, semua saya setuju. Kalau ulas pun serupa apa yg tertulis tu.


    Selamat hai raya dan jangan lupa main meriam buluh malam raya.

    ReplyDelete
  4. kadang teguran tu niatnya baik cuma caranya salah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ya, betul tu.
      Itu yg saya nak sampaikan.thanks.

      Delete
  5. Setuju dgn Adam, rogol ni bukan just kerana wanita terdedah seksi punca kes rogol. Senang sangat nak salahkan orang kan, sikit2 perempuan tak tutup aurat punca kes rogol. Hurm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila kita istilah perkataan rogol, kita tau perbuatan tu done by force. So, object yg jadi mangsa.

      Delete
  6. setuju. menutup aurat dan menjaga maruah satu kewajipan. tapi jangan letakkan kesilapan dirogol pada wanita tak menutup aurat pulak.

    baca berita tentang kes pecah rumah dan rogol di Klang? lepas tu pelaku dah ditangkap kemudian terlepas. sekali lagi dia cuba merompak dan merogol orang lain. binatang sangat perangai pelaku. kenapalah wujud manusia macam ni. hurmm

    err apa maksud gambar kat atas tu ye? tak dapat nak huraikan pulak.

    btw Selamat Hari Raya ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada jugak baca tentang perogol tu. Dia tu memang perogol. Dia dah ditanggkap semula. Polis yg mengawal dia terlepas katanya dah digantung kerja.

      Gambar tu hiasan untuk entry je. Kadabg2 gambar menyebabkan orang membaca seterusnya.

      Delete
    2. Saya terlupa nak tulis catatan kat bawah gambar tu, sebagai gambar hiasan.

      Delete
    3. Btw, selamat hari raya. Jangan main mercun. Main meriam tak apa.

      Delete
  7. Menutup aurat itu wajib..xkisahlah nak tutup mcm mana pun tp tak boleh salahkan wanita punca rogol itu berlaku. Sebenarnya semua itu berlaku atas diri sendiri yg tidak pandai kawal diri dan nafsu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes Mimi, tepat sekali.
      Rogol tu perbuatan paksaan yg ganas. Wanita yg jadi objeknya. Thnks.

      Delete
    2. Selamat hari raya. Jangan lupa main meriam malam raya.

      Delete
  8. Betul.. mama sokong jgn jasikan mangsa alasan utk mereka buat benda yg x betul. Tgk pada diri sendiri dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, memang betul tu mama.
      Saya setuju.

      Delete
  9. Seriously I couldn't disagree. it makes sense!

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. Exchange link tu macam mna?
      Guide me please.

      Delete
    2. mamapp,
      blog mamapp dah masuk ke bloglist saya.

      Delete
  11. Wanita bukan punca tetapi mangsa keadaan yang kebetulan berada dalam situasi itu...Tiadak setuju sangat kalau ada yang cakap sebab tak tutup aurat menyebabkan kena rogol...Abis ada je yang pakai tudung litup tu kena rogol apa kes??? Ada orang OKU kena rogol apa kes??? Dan ada budak kecil yang kena rogol tu pun apa kes???? Selagi hidup berteraskan Al-quran dan Sunnah kita tidak akan terpesong dunia akhirat...Screw tu kalau dah longgar @ tercabut cepat2 la repair sebab semua tu boleh adjust selagi nyawa dikandung badan...Hahahaha...Kesimpulannya,setiap yang berlaku ada hikmahnya,tidak perlu menunding jari kpd sesiapa dan ,muhasabah diri sendiri...setiap sesuatu yang berlaku adalah atas keizinanNY...Wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa tak perlu saya ulas ni sebab kenyataan yg betu. Thanks.

      Selamat hari ray.

      Delete
  12. Mungkin si mangsa berada dalam situasi yang salah, masa yang salah, ruang dan tempat yang salah dan bersama2 orang yang salah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. WP, semua yg salah.
      Nasib baik kita bedua tak salah.

      Delete
  13. semoga kita dijauhkan dari malapetaka sedemikian...

    wanita itu adalah emak kita,kakak atau isteri..

    mengapa pula martabat wanita direndahkan..

    ReplyDelete
  14. Ulasan yg bernas.
    Saya setuju

    ReplyDelete
  15. Setuju..
    Dalam al quran, Allah menyuruh wanita menutup aurat dan lelaki menundukkan pandangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun setuju dgn nurul.
      Thnks

      Delete
    2. Setuju juga dengan pendapat Nurul :)

      Delete
    3. Betul tu Azhafizah
      Saya setuju

      Delete
    4. setuju. salah sendiri nak ditutup, nak 'cipta' salah orang lain. tak baiknya macam tu.

      Delete
    5. Ainniah,
      That's what we call human.
      Yang salah semuanya orang lain.

      Selamat hari raya.

      Delete
  16. Assalaamu’alaikum wr.wb, saudara Adam…

    Satu Syawal menjelang tiba,
    Takbir bergema mengegarkan jiwa,
    Sekiranya ada salah dan silap,
    Maaf dipinta di hari mulia.
    Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.

    Salam Syawal dari Sarikei, Sarawak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya jugak.
      Maaf zahir batin.

      Delete
  17. alahai. sekarang banyak sgt kes rogol. first sebab seksi sangat. second mybe da dirancang. moga dijauhkan laa.

    selamat hari raya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita rogol yang kita tau sebab ada lapuran polis. Yang tak ada lapuran kita tak tau berapa banyak lagi. Begitu juga bukan semua cerita rogol yg kita terbaca. Ada juga yg kita miss.

      Delete
  18. Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir & Batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya jugak untuk Mala.
      maaf zahir batin.

      Delete
  19. Selamat hari raya jugak untuk Mala.
    maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  20. intresting! selamat hari raya! jangan lupa bagi duit raya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya jugak.
      Datanglah sini. Boleh dapat duit raya.
      Datang lambat nanti duit raya habis.

      Delete
  21. Selamat hari raya jugak.
    Datanglah sini. Boleh dapat duit raya.
    Datang lambat nanti duit raya habis.

    ReplyDelete
  22. hemmmm....rogol tu xkisahlah tutup aurat ke tidak..kalau nenek.dipakaikan skirt pun lelaki tu bernafsu...maksudnya apa tu..hemmm...kalau fikir2 geram

    apalagi kes rogol yg menyebabkan kanak2
    .sakit hati..geram.semua ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul tu irda.
      Siapa2 pun marah kalau melibatkan kanak2.
      Itu bukan zalim lagi namanya.

      Delete
  23. Semuanya bergantung pada peribadi si pelakunya.. itulah antara penyebab terjadinya kejadian rogol.. tapi wanita pula yang dijadikan sebagai alasan..

    Itu, umpama baling batu, tangan disorokkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes yes. Peribadi si pelaku. Perangai buruk and nafsu binatang.

      Delete
  24. Emosi & hawa nafsu..2 perkara yg perlu dikawal oleh akal yg waras

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...