Friday 2 June 2017

HULURLAH BANTUAN KEPADA ANAK-ANAK YANG MEMERLUKAN MELALUI PROGREM UNICEF MALAYSIA 



Gambar dipinjam dari gerup watsap (X-BNM Melaka)


Di bulan puasa ini saya tidak hendak menulis panjang sebab di siang hari pembaca lapar. Bila malam pula pembaca mengantuk.

Sekarang waktu cuti sekolah. Jangan kita biarkan anak-anak berkeliaran tanpa sebab. Mereka tanggongan ibu dan bapa dalam semua hal dan didiklah mereka dengan cara kita. Mendidik anak sebenarnya satu tugas yang bukan sahaja mulia bahkan menghiburkan.

Alam keibubapaan merupakan zaman yang manis dan menjadi pusat kehidupan alam anak-anak. Jika mereka dididik dengan betul anak-anak akan menyayangi kita dengan sangat mendalam.

Semasa anak-anak masih kecil mereka mengamit kita untuk bermain bersama, bergurau dan lain-lain yang kita merasa terhibur bila kita dapati mereka gembira.

Semasa bermain dengan mereka yang masih kecil, mereka kadang-kadang memberi kebenaran kepada kita untuk kita menjadi bodoh di hadapan mereka. Itu suatu suasana yang paling manis bagi ibubapa.

Anak-anak juga memberi kebenaran untuk dicintai tanpa batasan. Mereka menghargai cinta ibubapa yang menyebabkan hubungan yang dibina antara anak dan ibubapa tidak ternilai.

Pastikan makanan, pakaian, keselamatan, pelajaran dan lain-lain ada pada mereka dan tidak lupa juga tentang kesihatan mereka.

Walau apa pun keadaan anak-anak adalah anugerah dari NYA.


This site is our's and all stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam. Ingat, sendiri komen sendiri pikul.

Video dan gambar dalam tulisan ini tiada kaitan dengan cerita, ianya semata-mata hiburan.

20 comments:

  1. Pemimpin yang berjasa juga ibubapa kita.

    Kesilapannya tidak perlu kita taat tetapi bukan satu kebebasan untuk menghina, memfitnahnya secara kasar dan terbuka.

    Nasihatnya kena terima walau pahit kerana tiada ubat dan penawar yang manis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. # madu tak manis, cuba tanya kaum hawa

      Delete
    2. Pempin ialah ketua. Ketua juga disebut kepala. Di mana duduknya kepala, sudah tentu di leher. Leher mengerakkan kepala. Kitalah lehernya. Malangnya bukan kita yg menggerakkan kepala sebab leher wala tak bertempat, bimbang terkeluar agama kalau tak wala dgn benda yang karut.

      Delete
    3. Madu ni sensitive pada kaum hawa.

      Delete
  2. SELAMAT BERPUASA RAMADAN..ANAK2 ADALAH ANUGERAH TRINDAH MNYERI KEHIDUPAN KITA

    ReplyDelete
  3. Ramai ikut keadaan saja apabila mendidik anak anak kerana naive.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes. Tambah pulak ibu bapa sebpk berkerja.

      Delete
  4. Selamat berpuasa Dam.
    Tanggungjawab sebagai ibu bapa perlu dilaksanakan dengan sebaiknya terutama dalam mendidik anak2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa jugak WP.

      Betul tu WP. Ibu bapa yg bertanggong jawab. Bukan bibik.

      Delete
  5. Anak adalah amanah dari Allah. Mesti dididik bukan DITERNAK..anak yg cemerlang lahir daripada ibu bapa yg cemerlang ketaatan mereka kpd Allah. Ketika mndidik anak-nak ..ibu bapa hendaklah berhati-hati menghukum sekiranya anak-anak melakukan kesalahan ..hukuman jgn melebihi batasan agar kita tidak menyesal sepanjng kehidupan. wallahu a'lam..)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tertarik dgn komen tuan terutama tuan menyentuh sebutan ternak.

      Saya setuju kita bukan menternak.

      Delete
  6. sedih tiba2 bila sentuh pasal anak2. betul tu. zaman kanak2 anak2 hanya sekali dah tak boleh diundur kembali. jadi kalau boleh, sebagai ibu bapa kenalah abadikan memori yg indah2 saja utk anak2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman kita semasa kanak2 dah lepas. So, sekarang kita bertanggongjawab pulak mendidik anak2.

      Selamat berbuka

      Delete
  7. ramadan kareem adam, semoga saya dapat didik anak2 sebaik mungkin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga saya pun dapat mendidik anak2 sebaik yg boleh.

      Delete
  8. Saya harap nanti saya dapat didik anak-anak saya dengan baik, doa-doakanlah saya dapat jumpa jodoh saya hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya doakan. Pada saya bloggers are my friends. Saya doa bukan semata mata dapat jodoh bahkan dapat jodoh yg baik. Amin

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...