Friday 4 August 2017

KERANA ABANG BERCAKAP BENAR


Dalam penerabangan dari Singapura, seorang wanita duduk bersebelahan dengan se orang lelaki. Masing-masing tidak kenal antara satu sama lain.

LELAKI:  Dari mana ni?

WANITA:  Singapura. (Dalam hati dia berkata, Bangangnya. Kan flight ni dari S'pore.)

LELAKI: Banyak ke beli barang kat sana?

WANITA:  Tak banyaklah pakcik. 

LELAKI:  Beli apa? Saudari jangan panggil pakcik. Panggil saya Abang Aji. Manis bunyinya.

WANITA:  Saya beli pemetik api untuk dapur gas. (Sambil tunjuk alat pemetik)

Pemetik api dapur gas

LELAKI:  Barang ni salah sebab menyerupai pistol. Sedangkan mainan serupa pistol pun salah.

WANITA:  Pakcik boleh tolong tak. Maaf, silap sebut. Abang boleh tolong tak?

LELAKI:  Saya tak boleh bersubahat. Kalau ditanya nanti saya akan bercakap benar. Kata-kata saya nanti semua benar. Berdosa menipu.

WANITA:  Jadi Abang tak boleh tolong sayalah? Saya rasa abang mampu tolong saya. Muka abang jernih serta nampak jujur. Pakaian abang dah mengambarkan siapa abang.

LELAKI:  Baiklah, saya cuba. Tapi saya akan cakap benar dengan kastam nanti kalau ditanya.

Lelaki itu pun ambil pemetik tu, dibawanya ke tandas. Diikatnya pemetik tu dipangkal pahanya. Kemudian dia menyarung seluar dan jubahnya semula dan terus pegi ke tempat duduknya. Tidak berapa lama selepas itu kapal terbang mendarat. Sebaik sahaja dia berada di pemereksaan kastam.

KASTAM WANITA:  Sila istihar apa-apa barang yang dibawa.

LELAKI: Saya mengaku demi se orang wanita, saya berkata benar. Dari atas kepala saya hingga ke pusat tidak ada apa yang hendak saya istiharkan.

KASTAM WANITA:   Bagai mana pula dari pusat hingga ke lutut?

LELAKI:  Saya mengaku demi se orang wanita, saya berkata benar. Di antara dua tempat itu, di antara pusat dan lutut, hanya ada satu kelengkapan merbahaya jika ditunjukkan. Ala-ala pistol begitu. Jika puan tidak percaya sila raba. Demi se orang wanita saya mengaku saya bercakap benar. Kalau tak percaya ce-raba. Ce-raba.

KASTAM WANITA:  Okey Encik Abang. Saya tak hingin nak raba. Abang boleh pergi. Ce-pergi. Ce-pergi.

Kastam Wanita geli hati. Terlalu geli hati. Dia tergelak sekuat-kuatnya sambil berguling-guling.


Lagu ini mengamit kenangan ibu bapa kita.

Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan di sini. Nyatakan jenis iklan yang di kehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com

Sebenarnya vivix bukannya ubat tapi ........

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam kerana sendiri komen sendiri junjung. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

21 comments:

  1. Lucu cerita ni, dapat bayangkan dalam kepala situasi ni haha plus, Tactic licik sampai pegawai kastam pun tertipu tu terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita sepatutnya seperti abang ni. Sentiasa berkata benar. hihihi

      Delete
  2. Kelakar. I ketawa baca post ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Saya pun ketawa. Ni pun saya sedang ketawa.

      Delete
    2. Thank you Anis sebab you anggap ni as a joke.

      Delete
  3. Haha teehibur mama baca. Xpenah baca LG cite ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Cerita ni bersambung. Tapi tunggu turn.

      Delete
  4. Hanya cerita rekaan semata2.
    Tiada kena mengena kepada sesiapa sama ada yang masih hidup atau belum lahir.

    ReplyDelete
  5. Yg belum lahir tu yg kelakar wp.

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Pompuan tu je yg tau motif beli pemetik api.
      Abang aji tu pun tak tau.
      Hahaha?

      Delete
  7. Jangan percaya dengan Abang Aji yang luarannya air muka nampak bersih dan alim tapi dalam jubah ada barang tersembunyi hahahhaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, satu kenyataan yg tepat. Yg peka je faham maksud mrs A.

      Delete
  8. Haha..nasib baik kastam pompuan..
    Kalau kastam gay.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kastam gay, nyaya abang aji tu.
      Hahaha

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...