Saya sekarang sedang membuat persediaan terakhir untuk pergi ke Osaka kerana memenuhi pelawaan Maiko untuk bercuti di Ehime yang terletak di sebuah Pulau bernama Shikoku di perairan Jepun. Semua persiapan telah beres hanya menunggu ketetapan tarikh dari Maiko sahaja. Perlawaan untuk menemani Maiko bercuti ada di sini.
Terkejut saya apabila jumlah perbelanjaan untuk selama tiga minggu di sana begitu tinggi. Untuk ke sana menjadi nyata saya perlu membatalkan percutian ke tempat lain yang telah dirancang sebelum ini.
Terfikir juga saya satu cara untuk menjimat perbelanjaan andainya saya teringin sangat berada di sisi Maiko. Saya harus mempelawa dia ke sini. Jika dia bersetuju, perbelanjaan boleh dikurangkan sebanyak 60 peratus sekurang-kurangnya.
Serta merta saya rangka se pucuk surat dan akan saya kirim melalui pos. Maiko tentu suka menerima surat secara begini kerana dia suka dengan perkara "old-fashioned" yang kebanyakan orang tidak melakukannya lagi.
Surat saya untuknya ringkas.
Berjalan-jalan dengan Maiko cukup mudah. Dia bila-bila masa sanggup membatalkan rancangan jika diajak ke haluan lain. Tempat yang paling dia suka ialah tempat yang tidak sebok, terutama tempat yang panaromanya menarik.
Teringat saya pada satu ketika semasa kami melawat Universal Studio Japan. Kami hanya melawat bahagian Harry Potter sedangkan banyak lagi tempat menarik di dalamnya tidak dijengok kerana bagi Maiko kawasan itu merimaskannya.
Dari situ Maiko membawa saya ke sebuah resort yang banyak kolam air panas. Namanya Fushioukaku Hot Springs. Kolam air panasnya ada yang terletak di tempat terbuka dan ada yang tersorok. Di situ air panas semula jadi ada disalurkan secara sembunyi ke beberapa kolam. Sungguh cantik dan tenang kawasan itu. Kolam-kolamnya juga direka dengan indah mungkin oleh pengurusan hotel yang mentabirnya. Hotel yang besar dan cantik.
Setibanya di situ, kami cepat-cepat berendam kerana suhu persekitarannya terlalu dingin. Dengan berpakaian tebal tiga lapis termasuk long john dan baju "coat" dibuat dari kulit, saya masih kesejukan. Air panas di kolam menyegarkan kami semula.
Semasa berendam, saya nampak Maiko se orang sahaja yang ada memakai bra sedangkan perempuan yang lain hanya bertuala sahaja. Saya bertanya Maiko kenapa dia memakai bra sedangkan orang lain samada lelaki atau perempuan hanya bertuala putih. Kata Maiko dia terlupa untuk menanggalkannya tadi lalu dia meminta saya membuka buckle bra di belakangnya. Jika dilakukannya sendiri dia bimbang tualanya terjatuh.
Saya buka, perhatikan tulisan di labelnya.
MAIKO: That label is in Japanese, Ookina Mune wo Chiisaku Miseru.
SAYA: What is Ookina Mune wo Chiisaku Miseru?
MAIKO: In English; the bra that makes large breasts look smaller.
SAYA: How big are yours? (Saya senyum)
MAIKO: This brand was on sale when I bought it. The sexiest thing for a girl is self-confidence so it doesn't matter what size and shape the bra is.
SAYA: Do you put your bra on before you get on the scale so 'they' don't hang down and weight more?
Baginya soalan demikian bukan satu perkara yang karut kerana minda dia sudah dikawal oleh reality kehidupan. Maiko terus menyelam kerana seperti biasa dia menyembunyikan mukanya bila ketawa. Sebaik sahaja dia timbul semula saya berkata, "There is a home in Kuala Lumpur waiting for someone from Japan. Would you?"
Maiko merenung sambil menarik lengan saya mengajak keluar dari kolam. Katanya, "Let's go. Our dinner is 30 minutes away from here."
Entry sebelumnya: INI CERITA ORANG TUA. BUDAK TAK FAHAM
Maiko merenung sambil menarik lengan saya mengajak keluar dari kolam. Katanya, "Let's go. Our dinner is 30 minutes away from here."
Entry sebelumnya: INI CERITA ORANG TUA. BUDAK TAK FAHAM
Humaira Sofea 19 months old Julai, 2017
Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan di sini. Nyatakan jenis iklan yang di kehendaki di email: biarlembuyangjadilembu@gmail.com
(This site is our's and all stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©
Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam kerana sendiri komen sendiri junjung. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.
semoga Maiko sudi menerima pelawaan Adam untuk bercuti di Malaysia ...
ReplyDeleteharap2 begitulah. Last year December pun lama saya kat sana. Itu pun banyak yang dia bantu. Kalau tak lagi banyak belanja last year.
Deleteharap2 dia setuju.
ayat IQ sama seperti di atas, moga Maiko menerima pelawaan Adam untuk datang ke Malaysia pula.
ReplyDeleteHarap2 begitu.
DeleteDapat saya save duit kalau dia kemari.
En Adam boleh Google kisah pahlawan Brazil bernama zombie tu, saya pun asalnya cuma dengar dari radio IKIM.
ReplyDeleteTerima kasih cikgu. Saya tanya tu bukan nak buat kajian. Tertarik nak baca sebab benda tu berlaku di brazil pada saya kesah tu terasing. Itu sebab teringin jugak nak baca.
DeleteThanks again.
Dah jumpa ke kisah Zombie yg sebenarnya?
DeleteDah jumpa ke kisah Zombie yg sebenarnya?
DeleteBelum lagi cikgu. Saya belum browse pun. Nantilah dulu, masa lapang nanti saya cuba cari.
Delete'Kantoi' le pulok nanti kalu Maiko dtg ke Malaysia..sikap rakyat Malaysia yg majoritinya adalah umat Islm tidak mngambarkan akhlak Islm sebenar sebagaimana yg terkandung & dituntut di dlm AlQuran..majoriti umat Islm di mana-mana termasuklh di Malaysia, bperangai 'selekeh'..pengotor..penting diri sendiri..kurang sikap hormat mnghormati..tidak menghargai masa..kurang sopan..& 1001 lg perangai yg bercangah dgn tuntutan Islm diamalkan.
ReplyDeleteJika dilihat akhlak Islm sebenarnya, hari ini tidak dpt dilihat di mana majoriti umat Islam berada , tetapi sebaliknya. Akhlak Islm lebih mudah dpt di lihat di negara2 maju seperti US..UK..Japan..etc..
Apa nk jadi dgn umat Islm hari ini..PERSOALANNYA..Di manakah silapnya???
Terima kasih. Satu pandangan tuan yg bererti untuk kita semua.
DeleteSaya setuju dgn pandangan tuan dalam beberapa perkara tentang kita, negara kita. Saya setuju ni bukan sebagai pendekatan antara rakan blogger dengan rakan blogger tetapi tentang kebenaran pandangan tuan.
Saya sudah melawat ke banyak negara. perbezaan tentang tuan nyatakan memang ada. Contoh Jepun. Jepun begitu berdisplin. Contoh, takda papan tanda dilarang merokok tapi mereka tidak merokok merata rata. Saya tak nampak tu.
Mereka merokok di kawasan khas disedia untuk perokok. Itu displin namanya.
Di tepi jalan pun ada disediakan tempat untuk merokok. Yg ini bagi saya dia membawa maksud pihak berkuasa juga perihatin tentang menegakkan displin.
Pengotor masyarakat kita semua orang tau. It isn't a secret. Just look around us. The state of our surroundings, tells the conditions of our soul.
Apa nk jadi dgn umat Islam hari ini..PERSOALANNYA..Di manakah silapnya??
Kalau kita perhatikan sekarang syarahan, ceramah, tazkirah dah tidak mengikut zaman. Banyak merupakan perkara yang telah kita dengar.
Penceramah pandai2 menghukum. orang ni masuk syurga. Orang itu masuk neraka. Jika keluar dari kumpulan ini berdosa. Mereka tidak membimbing minda untuk mengajak kita berfikir demi kemajuan diri kita dalam islam.
Agama dibuat sebagai komiditi untuk kepentingan diri.
Pendekatan agama di sini terutama dalam ceramah tidak mempedulikan kemajuan dan kemakmuran islam. Politik disogok dalam ceramah. Fitnah turut berlaku juga dalam ceramah sehingga ada yg menarik balik kata2 fitnah. Adakah itu islam namanya.
Peratusan yang ke masjid sekarang ini kerana tuntutan Islam menurun. tidak seperti dahulu kalau mengikut nisbah penduduk. Kenapa begitu
Sebaiknya surat tersebut mempunyai beberapa perkataan Jepun dan Malaysia supaya lebih harmoni dan bersatu hati..
ReplyDeleteArigatou gozaimasu - Terima kasih / Thank You
Ohayou gozaimasu - Selamat pagi / Good Morning
Kopakaimodestak - ?
Konnichiwa - hello
Ulasan tuan macam kelakar tapi memang elok begitu sebab itu satu pendekatan.
DeleteHantar lah surat itu.
ReplyDeleteCuti di Malaysia sangat menjimatkan.
Cuti di malaysia jauh jimatnya. You can contribute some cakes for breakfast.
DeleteWalaupun Malaysia hanya ada musim panas dan basah berbanding dengan Jepun yang ada musim bunga dan salji tetapi jemputlah Markonah datang ke Malaysia pada bulan November 2017 kerana dijangka musim bendera dan poster akan berlaku.
ReplyDeleteKalau markonah nampak banyak bendera berkibar dia tentu tanya mengapa. Saya jawab mereka suka2 kibar bendera. Dia tanya lagi kenapa suka2. Saya kata sebab mereka suka-suka bertanding. Dia tanya kenapa suka2 bertanding. Saya kata mereka suka2 masuk parlimen. Di mesti sambung tanya Kenapa suka2 masuk parlimen.
DeleteSaya jawab mereka sangat suka jadi pasu bunga parlimen.
Mcm ada yg terkena tu..Ha2
DeleteHaha.
DeleteTuan Rosdi,
Tak bertujuan nak kenakan sapa2.Tapi itu bukan rahsia lagi.
Dah hantar ke belum surat tu!?
ReplyDeleteEh! bzbody pula Mrs. A nak tahu hiks!
Mrs A tak busy body. U cuma nak tau dah hantar ke belum. Itu bukan busy body.
DeleteBelum lagi.
DeleteSaya nak buat surat lain lah Mrs A.
Malam ni kalau sempat saya buat.
DeleteHarap2 no hal laim mln ni.
aah nak gak tahu dah anta ke surat tu hihihi
ReplyDeleteSurat tu saya tak hantar sebab too simole. Saya nak buat lain yg boleh menarik untuk dia datang ke sini. Yg tak ada di jepun such as pokok getah. I hv a small piece of ladang getah. Just a small piece. Maybe that attracts her.
DeleteMalam ni kalau sempat saya buat.
DeleteHarap2 no hal laim mln ni.
Hahaha.
ReplyDeleteEntahlah tuan.
Ajaklah maiko ke kl Pula.. this time Adam Pula yg bawa dia jalan2. Comelnye humaira pandai makan sendiri dia
ReplyDeleteSaya sedang berusaha mengajak dia.
DeleteSedang cari idea supaya dia tertarik melancung ke sini.
Harap2 dia setuju.
She looks cute Humaira Sofea (Little Maiko) makan keropok dekat mamak
ReplyDeleteSaya jawab yg bawah. Hihihi
DeleteShe looks cute Humaira Sofea (Little Maiko) makan keropok dekat mamak
ReplyDeleteKalau setakat keropok bolehblah dia makan sendiri. Tapimkena pcah2kam dulu. Minum guna straw tu baru lagi dia berajaya.
Deletebila baca kisah Adam dan Maiko ni mcm kisah cinta yang buat sy tersenyum..tersengih..mmg sweet and cute couple gitu
ReplyDeleteMacam je kesah cinta. Tak becinta pun. Cuma persahabatan yg telus. Adab budaya masing2 terjaga. Seronok begitu.
Deletepujuk maiko datang sini lah..ajak ke pulau2 ke. Pulau2 dan pantai malaysia mmg jauh lagi menarik dari pulau jepun.
ReplyDeleteMemang nak ajak sebab kalau gi sana kos tinggi. Lagi satu saya dah pergi tempat dia cuma dia yg lom dtng sini.
DeleteHantar!
ReplyDeleteYes, i will.
DeleteSuka baca cerita Maiko dari dulu! Send the letter! Invite her to Malaysia! Yay.
ReplyDeleteSaya dah hantar tapi bukan surat tu. Surat lain sebab surat tu simple sangat. Tak menggambar saya serius.
Deletenak ke dia datang.
ReplyDeletetak taulah. harap2 dia nak.
Delete