Maaf, di atas bukannya tajuk yang hendak saya tulis. Sekiranya saya berbuat demikian sudah tentu saya dikutuk oleh pembaca, sedangkan tulisan mudah saya yang lepas berkaitan dengan bra pun menerima teguran dari se orang pembaca Fb.
Saya tidak terkejut dengan kritikan beliau kerana beliau tidak memberi satu hujah pun. Berani saya katakan beliau tidak tau membezakan di antara maklumat dengan lucah.
Sebenarnya tidak salah sekiranya saya ingin menulis entry ini dengan tajuk "Kenapa Wanita Perlu Memakai Bra Dan Pantis" kerana ianya terisi dengan amalan berkesan untuk menjaga kesihatan dan penampilan.
Adakah ianya tidak elok untuk pembaca mengetahuinya? Perlu diingat, pembaca blog ini bukan sahaja terdiri dari orang Melayu.
Tajuk sebenarnya yang saya tulis di entry kali ini ialah, Kenapa Kita Masih Memilih Corak Dan Potongan Yang Cantik Untuk Pantis Dan Bra Sedangkan Kedua-dua Pakaian Tersebut Tidak Dilihat Oleh Orang Lain?
Jawapan saya amat mudah. Saya tidak sepatutnya memiliki sebarang benda yang tidak berguna serta tidak menarik.
Katakan kamu sekarang sedang mencari suami. Adakah kamu berebut-rebut untuk memiliki lelaki yang hodoh pada pandangan kamu di mana kamu telah pasti yang lelaki itu se orang yang tidak memberi faedah jika dimiliki?
Kedua-dua perkara penting ada di atas: pertama hodoh dan yang ke dua tidak memberi faedah.
Bagi saya, menghargai kecantikan adalah suatu perkara yang perlu dipertimbangkan kerana kecantikan itu se suatu yang menarik.
Tidak perlu orang lain memberi tahu saya yang mana lebih cantik sebab kategori dan tahap kecantikan dinilai secara berbeza di antara setiap individu.
Ini adalah satu realiti. Ramai yang masih tidak tahu berkaitan dengan realiti kerana realiti terlindung di sebalik dinding persepsi.
Saya berikan satu contoh. Katakan saya mengaku girl friend saya cantik tetapi kamu lihat dia tidak secantik seperti yang saya katakan sedangkan ramai yang lain mengatakan dia lebih cantik dari yang saya lihat.
Di sini kita dapati kecantikan milik se orang wanita mempunyai tiga tahap yang dinilai oleh tiga orang yang berlainan.
Saya bersimpati kepada mereka yang berpendapat kita tidak perlu benda yang cantik sekiranya bukan untuk ditunjuk.
Adalah lebih menasabah jika si pemakai bra dan pantis itu sendiri menentukan pilihan yang membuatkan dia suka memakainya. Jangan kita nafikan hak si pemakai.
Entry sebelum ini: (Klik) Pakai Sudah Bertahun-Tahun TapiTidak Pandai Lagi.
Orang Tua Melintas Jalan
(This site is our's and all stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©
Semua komen tidak akan dipadam. Sendiri komen harap bertanggungjawab. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.