Friday, 7 July 2017

MAIKO TIADA TEMAN UNTUK PERGI BERCUTI


"My Little Maiko" with her Samsung Galaxy tab 11.6

Tadi sewaktu saya menjawab komen dari rakan blogger, Puan Normala Saad berkaitan dengan ulasannya tentang Maiko, tiba-tiba satu pesanan ringkas muncul di telefon saya. Ianya datang dari Maiko. Hati saya berkata panjang umur dia.

Penduduk Jepun kebanyakannya berusia panjang. Mereka mengamal hidup yang sihat sehinggakan udara di sana kita terbau akan kebersihannya. Rakyat Jepun menghargai orang tua-tua. Mereka mendapat tempat di hati serta dihormati.

SMS Maiko memperlawa saya mengikut dia bercuti ke pulau Shikoku. Menetap di sebuah tempat bernama Niihama Ehime selama seminggu. Saya tidak merasa gembira disebabkan saya tidak mempunyai wang untuk tujuan itu. Sekiranya tinggal di Ehime selama se minggu sudah pasti saya ditahan untuk tinggal di Osaka pula sekurang-kurang untuk dua minggu lagi.

Terasa rugi jika tidak bersetuju kerana moment-moment bersama Maiko sentiasa memberi pengalaman baru. Ada banyak lagi moment bersama Maiko yang belum saya kongsi di blog ini.


Gambar kiriman Maiko. Katanya, "I haven't been to Ehime. I got these from Google."


Teringat saya pada satu ketika sewaktu kami menikmati makan malam tiba-tiba Maiko teringatkan bapanya yang masih berada di pejabat. Dia ingin membeli makanan untuk ayahnya. Dihulur telefonnya kepada saya sambil meminta tolong menulis sms kerana Maiko tidak sesekali menggunakan telefon di meja makan apabila bersama tetamu.

Selepas menulis saya membacakannya, "Dad, do you want to have dinner?"

Maiko:  No, Adam no. Don't send it. Write as what I say. I'm buying dinner for you dad. What do you prefer. I'll be at your place by eight.

Saya malu kerana bahasa saya tadi tidak berhemah. Maiko tahu perasaan saya lalu di letakkan tapak tangan kirinya ke atas belakang tapak tangan kanan saya kemudian digenggamnya.

Maiko:  The heart of a father is the masterpiece of my life. I respect my dad because he taught me about respect. He is the first person I respect most. The second man I respect is ......

Dia terhenti. Saya tidak bertanya kerana tiada kaitan dengan saya.

Selepas makan kami berjalan menuju ke stesen keretapi. Saya tidak bercakap. Seperti biasa di setiap lintasan zebra Maiko memegang lengan saya. Di stesen keretapi kami duduk di bangku yang memuatkan untuk dua orang dan Maiko sengaja duduk merapatkan dirinya pada saya. Itu biasa baginya.

Maiko:  Adam, how's your dad?

Saya:  He passed away quite a long time ago.

Maiko:  I'm sorry. May he rest in peace ........ Your future wife will have no father in-law. I pity her. Who's your wife to be Adam?

Saya tidak menjawab sebab sedangkan gf pun saya tidak ada, macam mana pula hendak menjawab. Di menarik dagu saya menyebabkan muka kami bertentangan. Di situ saya perasaan keayuannya. Paras rupanya seperti jelemaan se orang puteri dari Gunung Fujiyama.

Maiko:  Who is she Adam?

Maiko mengulang pertanyaannya tetapi saya tidak menjawab. "Tell me. Who would she be," Maiko bertanya lagi.

Saya Kata, "She is from Osaka."

Maiko tertawa berderai. Kelihatan gigi putihnya tersusun rapi. Ditariknya muffler saya untuk menutup ketawanya tetapi tidak berjaya kerana muffler berbelit-belit di leher saya. Dia mencari telefonnya. Telefonnya ada di poket saya.

Maiko bingkas bangun lalu berdiri di belakang saya sambil melekapkan mukanya ke tengkok saya. Saya terasa geli lalu terus bangun. Diselaknya baju 'coat' saya dari belakang dan bersembunyi di dalamnya. Dia ketawa di situ.

Orang yang berhampiran tersenyum, ada yang terasa hairan dan ada juga yang turut ketawa. Bagi mereka kelakuan begitu tidak menghairankan selagi tatasusila dan budaya tidak tercemar.

Maiko gadis yang masih suci, berfikiran matang, lebih waras dari usianya tiba-tiba kali ini dia berkelakuan tidak beza dari gadis se usianya. Itulah Maiko.


Video ini mengingatkan saya semasa berlepas pulang dari lapangan terbang Kansai, Osaka.

Blog ini memberi peluang kepada usahawan untuk beriklan. Nyatakan jenis pengiklanan yang di kehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam kerana sendiri komen sendiri pikul.

Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

78 comments:

  1. Saya tidak ada komen apa apa untuk hari ini..

    Cuma nak bagitau, setiap pagi saya menerima 100 panggilan dari seseorang dari Melaka sekadar untuk mengucapkan "selamat pagi tuan"

    Dan ianya didedahkan oleh Sarawak Report.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk makluman Tuan Adam juga, jika merisik sahaja dibayar 7 juta, berapa pula agaknya kalau bertunang dan bernikah (?)

      Delete
    2. Tuan ada peminat. Itu sebab tuan dapat panggilan sehingga 100 panggilan dari hanya se orang. Itu belum panggilan dari yg lain.

      Harap2 pemanggil tu bukan Pak Lebai. Kahkahkah.

      Delete
    3. Merisik dah lama. Sekarang barang2 dah mahal. Kalau bertunang sekarang, belanjanya lebih tinggi. Mungkin tak sampai 90 juta. Tapi berjuta-juta jugak.

      Delete
  2. Panjang umur maiko chan.. ��

    ReplyDelete
  3. Maiko Osaka pasti cantik, dan Maiko Adam yg melayan samsung tablet tu juga cantik lagi cute. Have a nice day Adam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perempuan memang cantik termasuk mrs pip.
      I saw your photo. Ada dlm blog mrs pip.
      U too hv a nice day mrs pip.

      Delete
  4. Maiko tertawa berderai. Kelihatan gigi putihnya tersusun rapi. Ditariknya muffler saya untuk menutup ketawanya tetapi tidak berjaya kerana muffler berbelit-belit di leher saya. Dia mencari telefonnya. Telefonnya ada di poket saya.

    Saya suka perenggan ini.. Mencuit hati!

    ReplyDelete
  5. Saya percaya adam ada duit cuma tidak diperuntukkan untuk tujuan bercuti ke pulau shikoku. adam pergilah. duit boleh dicari. batalkan travelling adam ke korea, batalkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Byk jugak 'mkn modal' tu yek..tp untuk insan tersayang kalu mampu bkorban sdikit apa salahnya..mudah2an tersebar dakwah..btambah seorang lg pngikut agama Allh..

      Delete
    2. Rosdi, besar jugak kalau ke situ seminggu. Itu belum termasuk tinggal di osaka. Mungkin saya pergi ke sana.

      Betul tu tentang berdakwah. Berdakwah melalui persahabatan.

      Delete
  6. Replies
    1. Saya tunggu cempaka biru.
      Have a nice offday has.

      Delete
  7. Akhirnya ada jugak khabar berita dari Maiko kan ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes nad.
      Sebab saya yg mulakan.
      Kalau tak mulakan semula nampaknya tak bersambunglah.

      Delete
  8. Tiba2 berbau 'nasi minyak' kat sini tapi maiko pandai ke makan nasi minyak?? ~_^

    Ruginya jika tak ikut bercuti, boleh cari keserasian tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alya terbau nasik minyak but i got the smell of teppanyaki, a style of Japanese cuisine. Hihihi.

      Delete
  9. Maiko Osaka saya rasa pasti secomel Little Maiko. Berhemahnya cara dia bercakap dengan ayah walau dalam SMS. Satu contoh yang kita patut ikut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita kerap megah dgn budi bahasa kita. Sebenarnya kita tak mengamalkan sepenuhnya. Kalau amalkan pun, tahap kita tak setanding mereka. Selain dari parents, mereka hormat orang tua. Warga emas di sana masih diberi kerja bergantung dgn keceregasan.

      Bermakna orang tua tua ada tempat di masyarakat jepun.

      Kita bukan memuji sangat orang2 jepun tapi itulah sebenarnya.

      Delete
    2. kalau pernah pergi Jepun kita akan setuju yang mereka memang layak untuk dipuji :)

      Delete
  10. Kisah romantis.
    Semoga berakhir dengan bahagia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wp
      Sebenarnya ceita persahabatan yg banyak perkara positif.

      Delete
  11. first time menjejeak di sini.. tersentuh hati dengan cara maiko menghormati ayahnya.. i should do better for my dad :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome to my blog zizie.
      Thank u for commmenting.

      Delete
  12. We should respect everyone much better. Oh Maiko faham your words. Sebab tu dia gelak2 kot. 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. She knew many things about me even i said nothing. She's unique.

      Yes anis, we must respect others.

      Delete
  13. Tentang maiko tu saya dah kata sejak awal lagi. Bacalah komen saya yg lepas2.

    ReplyDelete
  14. irda teringin nak jadi maiko..hahah eh maksudnya yang senang ke sana ke sini,menikmati nature yang indah,yang berkesempatan melihat pemandangan.insyaALLAH One day teringin hendak jalan2 seluruh tempat dna menulisnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Traveling ni tidak susah walaupun ada jawatan lain. Rancang segala2nya dgn teliti. Semuanya nanti beres.

      Itu pun bergantung siapa isteri/suami kita.

      Mudah2han irda dapat travel sprti irda nak

      Delete
  15. Little Maiko is very cute . A little girl like her would bring much amusements and light hearted moments to the family . . .

    ReplyDelete
    Replies
    1. That photo was snapped on the 6th day of hari raya.

      Those who have children know that babies can be inspiring, uplifting and encouraging. Babies are cenderahatis and becoming a parent, regardless of whether it’s for the first or 12th time, is one of the most rewarding and humbling experiences of one’s life. you experienced that.

      Delete
  16. Maiko suka dengan Adam..

    so sweet ..

    moga ada cerita lagi dengan Maiko..

    kisah best !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita maiko memang ada lagi. Nanti saya selang selikan dgn artikel lain. Thank u sebab tuan sudi baca ni.

      Delete
  17. Tiap kali baca cara Maiko ketawa, mesti terbayang watak comel dalam anime Jepun :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap anime jepun memang hidup watak dia. Itu yg ramai suka. Sedangkan cerita doremon pun orang dewasa ada yg tak miss tonton setiap episod. Jepun pandai menyediakan watak.

      Delete
  18. Replies
    1. Saya rasa pembaca suka dgn peribadi maiko yg tamai patut contoh. Fatimah, she's unique.

      Delete
  19. saya rasa mcm tgh baca novel pun ya.

    bagusnya tatasusila yang org jepun amalkan.

    Btw, Maiko kecil tu, comel sgt..jatuh hati tgk mata comel dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jepun memang lebih bagus dari kita. Bukan setakat adabsopan, teknoloji dia jauh kedepan.

      Tak tau bila negara kita nak setaraf dia.

      Delete
    2. Negara kita nak capai taraf mereka, perlu seiring teknologi & masyarakat sekali.

      Delete
    3. Yg masih kebrlakang tentang kita is minda kita. Perku diubah

      Delete
  20. Orang jepun memang terkenal dengan kesopanan mereka...
    Kalau jumpa dia orang i.e meeting..entah berapa kali tunduk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah bersama orang putih. Mereka juga bersopan tapi melalui kata2 je. Orang jepun bukan setakat kata2, seluruh badan semua sopan.

      Delete
  21. Lagi satu..dia.orang ni sangat pembersih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang. Mereka pembersih. Jumpa sampah dia sanggup kutip.

      Delete
  22. Wow! Semoga ada jodoh en. Adam dan Maiko...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.
      Jodoh berkawan dgn dia tetap ada begitu juga jodoh kita berinteraksi ideas di blog. Tentang jodoh yg sebenarnya, well i can saya nobody knows but i knew it long time ago.

      Delete
  23. Mohon ada sambungan lagi. Seronok lak baca kisah Adam Maiko. Hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih cik renex.
      Yg seronok tu bukan kesah saya. Kesah se seorang gadis yg waras, matang serta berperkerti. Banyak pelajaran saya dapat dari dia but she got many from me too.

      Delete
  24. Replies
    1. Saya selalu singgah blog uyul.
      Kadang2 tak komen. Kalau saya tak arif tentang yg ditulis, saya tak komen.

      Delete
  25. Wahhh...masin juga mulut mokcik ya...sebut2 dia muncul dengan pesanan. Umur panjanglah tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Belum sempat habis komen, sms mausk. Tapi saya selesaikan komen from u dulu then baru i baca sms dia. Blogger seperti Mala pun kawan saya. Dia pun kawan saya. So saya utamakan yg mana perlu dibuat dulu. I replied yours.

      Delete
  26. Maiko akhirnya muncul. So, yes or not? Are you going there? *sambungan cerita maiko bakal ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum tau lagi lah iq.
      Sebab november ni i dah plan another trip. If i go to meet maiko on that island bermakna my trip to korea, saya kena kensel. Duit spare pun tak ada. I tak nak pergi secara backpacker. Cara tu banyak guna masa.

      Delete
  27. Replies
    1. Rindu tu satu perkara tapi dia ni memang unique. Belum jumpa yang macam dia lagi.

      Delete
  28. cepat2lah mulakan langkah seterusnya dengan Maiko...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Langkah memang dah mula tapi nak tiba tu lom tau bila. Hehehe.

      Delete
  29. Lynda
    Everything is aweet if we make them sweet.
    Thanks.

    ReplyDelete
  30. Lynda
    Everything is aweet if we make them sweet.
    Thanks.

    ReplyDelete
  31. Wahh nicenya bhsa Maiko.kaya ngn budi bhsa.Nk cri kt Malaysia enth bila la dpt jumpa.good job!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di malaysia mungkin ada serupa dia. Mungkin lebih baik Cuma saya belum jumpa.

      Delete
  32. mesti tak pasti nk jwb setiap pertanyaan maiko.. plan nk ke osaka harap dipermudahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maiko se orang wanita yang pelik bagi saya. Kata2 dia lurus tapi biasanya ada makna lain. Itu yg sukar bagi saya.

      Insyaalah, saya akan kesana. Rancangan yg lain saya kena batalkan disebabkan kos.

      Delete
  33. btw selamat hari raya buat Adam sekeluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya jugak untuk nina dan keluarga. Maaf zahir batin.

      Delete
  34. Moga berjodoh Adam dan Maiko.. pergilah bercuti bersama Maiko, sekurang-kurangnya terubat rindu dihati dengan keperibadian Maiko..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Izzedya.
      Saya sedang buat persediaan untuk bercuti.
      Besar kemungkinan jadi.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...