Tulisan ini merupakan sambungan cerita yang saya tulis di entry yang lepas bertajuk A Good Friend Remembers Everything Even It Hurts. Tulisan ini disambung berdasarkan galakan dari rakan-rakan blogger seperti tercatat di komen.
Malah salah se orang dari blogger hebat Malaysia mengesyurkan satu nama untuk Maiko andainya dia memeluk Islam walau pun penukaran nama itu tidak perlu katanya. Saya tertarik dengan nama itu.
Sebaik sahaja Maiko dan saya masuk ke restoren tersebut, penyambut tetamu membawa kami ke se buah meja untuk dua orang. Meja tersebut tidak lebih dari dua kaki tingginya. Kami berdua duduk bersila secara bertentangan.
Maiko telah memesan lima set makanan sebelumnya. Kami makan mengikut giliran set yang dihidangkan, sementara itu Maiko meminta saya mengambil kad kredit di dalam beg tangannya yang berada di sisi saya.
Saya buka begnya dan dapati bermacam-macam benda terdapat di dalamnya seperti beberapa anak kunci, alat solek, beg duit, berpeket-peket kertas tissu, topeng penutup mulut/hidung, minyak wangi, tiga jenis sikat, pewangi mulut, pengetip kuku dan enam keping pad wanita.
Saya hulurkan kad kreditnya. Selepas itu sengaja saya hulurkan se keping pad wanitanya kepada dia. Maiko tidak mengambilnya. Dia tersenyum lalu berkata:
MAIKO: I'm on period now. Adam, my periods are usually regular but this month I got my period twice. The first was on the 3rd of this month and I got it again this morning.
SAYA: It's a sign of ovulation I guess but the doctor can tell you more.
Jawapan saya merupakan jawapan standard. Maiko mengulang pertanyaan yang ditanya tadi semasa kami berehat di tepi Sungai Arshiyama; dia tanya berkenaan dengan wanita pilihan saya.
MAIKO: A man should honour his wife more than he does to himself. Then the wife will have a husband that she can respect and love. If you do not fulfill your role as a man then the wife must respectfully bring it to your attention.
Saya diamkan diri.
MAIKO: Every man and woman was created for the same purpose - to fuse the body and soul in order to make themselves and their world better.
Saya merenung tepat ke mukanya sambil berkata di hati, "Kamu cukup matang."
MAIKO: There is no difference between a man and a woman; the only difference is in the way that service manifests itself.
Saya diam lagi kerana tidak berminat berbincang tentang hubungan pasangan hidup.
MAIKO: Adam. You have been here for quite sometimes and you have seen beautiful girls. Have you got one at heart?
Berbincang dengan Maiko saya mesti bersedia dengan jawapan dan hujah yang waras kerana bagi Maiko sekecil-kecil perkara ianya merupakan ilmiah baginya. Dengan Maiko jawapan tidak boleh ditangguh kerana dianggapnya kita lemah jika berbuat demikian.
Saya berkata, "Saya datang ke sini untuk melancong. Tugas pelancong ialah melawat. Tidak saya nafikan di sini terdapat gadis yang cantik-cantik. But none is available for me?"
MAIKO: To hide the truth about something by not agreeing what you want, you are preventing someone from knowing what is in you.
SAYA: I hide nothing.
MAIKO: You pretend you do not notice something.
Saya menggangap kata-katanya sebagai gurauan kerana dia memang bijak menggunakan kata-kata. Katanya lagi, "Si dia menunggu untuk menyambut tangan kamu malangnya kamu bertindak sebaliknya. Kamu berfikiran seperti se orang perempuan. Be a man of honour Adam." sambungnya.
Dia mencabar saya sedangkan dia tidak nampak duri dan onak menanti di hadapan.
Entry sebelumnya: A Good Friend Remembers Everything Even That Hurts.
Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan di sini. Nyatakan jenis pengiklanan yang di kehendaki di emai biarlembuyangjadilembu@gmail.com
(This site is our's and all stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©
Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam kerana sendiri komen sendiri pikul. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.
cantiknya dia.
ReplyDeleteyang kiri kan?
Cantik pada mata A twtapi menarik pada mata B. Indah pada mata C tapi menawan pada nata D. Itulah kecantikan.
DeleteBetul Adam, akak setuju sgt2, byk onak dan duri yang perlu ditempuhi.
ReplyDeleteBukan senang nak menyatukan dua hati menjadi satu apatah lagi berada di negara yang berlainan, punya amalan & pegangan hidup berbeza.
W/pun terdetik di sanubari ini, hati maiko adalah untuk jejaka Malaya tapi tak semudah itu untuk memilikinya..
Di dalam film bahkan juga di novel, tiada yang mustahil. Di alam nyata pula, perasaan boleh berubah begitu juga hati. Duri dan onak tetap jadi duri dan onak di dunia ni.
DeleteTerima kasih kak. Kakak dah nampak yg duri dah di situ.
Duri yg menanti bukan sebarang duri.
DeleteSo true....reality tak pernah sama seperti di alam fantasi yang sangat indah....haha
DeleteThank you nini sebab you tau iaitu fakta tetap fakta. Thanks again.
DeleteAdam...benda baik memang mengambil masa kadang2 tak mustahil terjadi sekelip mata ja
ReplyDeleteAduh ..... Ini yg membuat semangat saya berkobar kobar. Thanks
DeleteSuka baca entry ini...kejujuran maiko memberi maklumbalas...memang jarang wanita muda yg pandai berbicara soal kehidupan apatah lagi soal lelaki dan wanita...yes dia matang dan sangat open minded...cuma adam lebih berjaga2 dan tidak mudah terburu2 membuat keputusan...
ReplyDeleteterkadang kita doa biar Allah yg atur apa yg terbaik buat diri di masa hadapan.
Kenapa saya baca entry Ju. Sebab Ju matang. Begitu juga dgn nasihat Ju di entry ni.
Delete"Cuma adam lebih berjaga2 dan tidak mudah terburu2 membuat keputusan." Ini pandangan yg baik. Love it Ju.
Thanks.
DeleteKenapa saya baca entry Ju. Sebab Ju matang. Begitu juga dgn nasihat Ju di entry ni.
ReplyDelete"Cuma adam lebih berjaga2 dan tidak mudah terburu2 membuat keputusan." Ini pandangan yg baik. Love it Ju.
Tidak semua perhubungan berakhir dengan perkahwinan.
ReplyDeleteBanyak perkara yang perlu diambil kira agar kelak hubungan mampu diteruskan.
Apapun, saya doakan hubungan Adam dan Maiko tetap berterusan, kalaupun tidak menjadi pasangan hidup, tetap boleh menjadi sahabat baik kan .... have a nice day Adam.
Alhamdulillah.... Semuga hubungan berkekalan tidak kira apa jua statusnya. Begitu juga hubungan kita di sini sebagai rakan blogger. Thanks mrs pip.
DeleteDah Rrasa macam baca novel online bersiri rasanya. hihi. GV kagum dengan penggunaan ayat Mr Adam. Terbaik. :D
ReplyDeleteAda2 je GV ni. Penulisan kita serupa. Tapi saya percaya tulisan GV pun ada lebih tarikan.
DeleteJodoh pertemuan ajal maut Allah jua yang tentukan... skrip dan lakonan telah Dia ciptakan tersimpan ampun di Luth Mahfuz. Kita sebagai pelakon hanya berlakon watak yang diciptakanNya di bumi yang fana ini sebeleum menjengah ke kampung abadi...
ReplyDeleteSatu ulasan yg tepat sekali. Kita sebagai pelakun hanya mengikut skrip yg ditulis NYA sebelum kita berhijrah ke sana.
DeleteSelamat hari raya Shella.
DeleteCepat jea Maiko dapat detect Adam ada menyembunyikan something.
ReplyDeleteDia bijak. Dia pandai bermain kata2. Andainya saya tak berhati hati, segala galanya dia akan tahu.
DeleteAdam dah nampak duri dan onak yang bakal ditempuhi.
ReplyDeleteSo buatlah keputusan yang tepat dan waras.
Memang betul tu wp. Dari awal saya dah nampak duri dan onak tu. Itu sebab saya belum lagi menyahut cabaran dia. Dgn tidak menyahut cabaran saya rasa itu juga tindakan tepat. Biarlah tindakan ini berkekalan.
Deleteadakah ini hint daripada maiko?
ReplyDeletePada pabdangan saya, dia menjual teka teki.
DeletePada saya dia meminta teka siapa dia yg dimaksudkan. Siapa gadis itu.
Nampak spt ada hint utk Adam.. cuma, bila difikirkan memang bukan senang nak memutuskan sesuatu yg melibatkan hati & Perasaan ni..bila melibatkan agama & budaya lagi 'sakit'.. onak & duri lebih mencabar..apapun kita hanya merancang, Allah juga penentu segala..:)
ReplyDeleteHati dan perasan boleh berubah. Tapi duri serta onak yang menanti tetap serupa. Duri yg bukan sebarang duri.
DeleteMaiko memang seorang yg matang Dan sgt menarik. Maiko Ada dlm pic Tu ke
ReplyDeleteMamapp, Dia berhemah dgn kata kata, itu yg nampak dia matang. Tapi dia jugak tak berterus terang. Sangat sukar meneka cakap dia tapi seronok. Itu bukan gambar dia. Dia juga sembunyikan perasaan. Tak dinyatakan secara direct.
DeleteIni kes berat.
ReplyDeleteMesti berhati hati.
Sudah semestinya.
DeleteOnak dan duri itu sentiasa menanti dalam setiap 'perhubungan' tapi perhubungan antara Adam dan Maiko ni saya nampak bukan saja dinanti onak dan duri tapi juga disulami kerikil2 tajam.
ReplyDeleteTapi walau apapun Allah itu perancang segalanya. DIA lebih mengetahui...
Thanks sweetie.
DeleteYes, tak perlu saya ulas sebab kenyataan sweetie nyata mencerita segala2nya. Thanks again.
Terbaik lah jawapan adam, "a man is the master of the house"....
ReplyDeletekalau free, jemput lah join giveway ni. https://ciknurul23.blogspot.my/2017/07/chocolate-fan-giveaways-by-sii-nurul.html
Kata2 saya tu tak elok sangat kalau banding respons maiko selepas tu.
DeleteNanti saya visit your blog, no pblem.
Terbaik lah jawapan adam, "a man is the master of the house"....
ReplyDeletekalau free, jemput lah join giveway ni. https://ciknurul23.blogspot.my/2017/07/chocolate-fan-giveaways-by-sii-nurul.html
Thank you sebab sanggup singgah sini
Deleteonak dan duri tu memang akan sentiasa ade dalam hubungan kan abang adam.. suke atau tak, kite kena tempuh jugak..
ReplyDeleteMemang betul kata ein tu. Setiap hubungan ada onak dan duri. Tapi Ein, onak yg ni memang cukup besar. Entahlah, saya rasa tak mampu saya melintasnya.
DeleteMemang saya tak mampu ein. But...
DeleteOnak dan duri yang memang tak akan dpt kita elakkan. Smga dipermudahkan jalan untuk korang. 😊
ReplyDeleteElok jugak ada onak tu. Semakin besar onak semakin bagus sebab onak tu yg tidak mengubah status persahabatan. Kerana kemampuan melintas onak tu terhad.
DeleteThanks reenex.
Kalau sempat di entry akan datang saya upload gmbr maiko yg comel.
ReplyDeleteonak dan duri.. well life is option kan... keep life in smart way not in hard way :D
ReplyDeleteOPTIONS? To be in this world is not about having a lot of problems but it's about having options. In this situation there are only two options available: to cross or not to cross.
DeleteThank you tuan.
Assalaamu'alaikum wr.wb, saudara Adam.... apa pun onak dan duri yang bakal ditempuh, banyakkan berdoa kepada Allah agar yang sukar menjadi mudah walaupun tetap ada cabarannya. Pasti akan berakhir dengan kebaikan. Salam sejahtera dari Sarikei, Sarawak.
ReplyDeleteWaalaikummussalam. Salam sejahtera jugak dari saya. Lama tak nmpak?
DeleteYes, berdoa itu terbaik.
ujian sentiasa ada dan akan ada.. fikir dalam2 dan pastinya kita ada Dia untuk mintak petunjuk,Insyaallah
ReplyDeleteenjoy readin' this...
Yes Husna. Kita ada dia. Thnks singgah.
DeleteNieyl dtg membalas kunjungan...
ReplyDeleteOnak n duri adalah perkara yg akan snts kita lalui dlm kehidupan..
moga dipermudahkan semuanya...
Terima kasih mengomen.
DeleteJngan lupa datang lagi andainya tulisan di blog no ok bagi Nieyl.
Sedikit perkongsian, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati, jika ada,itu satu kebetulan sahaja...
ReplyDeleteA maiko (舞妓) is an apprentice geiko (not exactly same as geisha) in Kyoto, western Japan. Their jobs consist of performing songs, dances, and playing the shamisen or the koto (traditional Japanese instruments) for visitors during feasts. Maiko are usually aged 15 to 20 years old and become geiko after learning how to dance the traditional kyomai dances, play the shamisen, and learning Kyō-kotoba (dialect of Kyoto), regardless of their origins.
Maiko originated from women who served green tea and dango (Japanese dumpling made from rice flour) to people who visited the Kitano Tenman-gū or Yasaka Shrine (these are the two of the famous shrines in Kyoto) at teahouses in the temple town about 300 years ago.
At first, women served only green tea and dango, but they gradually started to perform songs and dances for visitors.
During their career a maiko will wear different kinds of nihongami (Japanese traditional hairstyles) depending on rank, formality and occasion. They decorate their hairstyles with seasonal kanzashi (traditional hair ornaments). Maiko, unlike geiko, use their own hair and not wigs. They go to the nihongami hairdresser once a week, meaning that they have to sleep on a takamakura (wooden block with a pillow) in order to maintain it.
Saya percaya tuan jujur 100% berkongsi pandangan tentang erti perkataan Maiko dalam bahasa Jepun. Saya sebelum ni pun mencari erti perkataan maiko, hasilnya saya ketemui lebih kurang seperti yg tuan kongsikan.
DeleteMaiko ialah jawatan pertama di istana untuk gadis2 sebelum dinaikkan pangkat. Jawatan maiko juga merupakan jawatan idaman gadis2 jepun pada zaman dahulu.
Sekarang ramai perempuan jepun menggunakan nama Maiko. Ini ada saya nyatakan di entry saya pada awalnya muncul kesah Maiko. Bawah ni petikan tulisan saya yg menyatakan rangkan ramai wanita berjaya di sana menggunakan nama Maiko. Saya tulisnya di entry saya pada Disember 2016, bertajuk, "Untung Sudah Nasib Rindu Di Badan."
Tulisan saya di entry tu berbunyi begini:
"Tiba-tiba rakan saya yang sentiasa membantu semasa saya di 0saka dan Koyoto hadir. Beliau juga yang menjadi pemandu pelancong kepada saya di sana.
Namanya Maiko. Itu nama panggilannya di rumah. Saya juga memanggil dia dengan panggilan itu. Saya terasa lebih mesra menyebut nama itu dari memanggil namanya yang sebenar kerana kerap terdengar ibu dan bapanya menyebut Maiko. Saya difahamkan nama Maiko adalah merupakan nama popular di Jepun. Ramai wanita di sana yang bernama Maiko berjaya di bidang masing-masing, seperti:
a) Maiko Itai, ratu cantik Jepun
b) Maiko ito, pelakun popular (ramai pelakun film Jepun menggunakan nama Maiko)
c) Maiko Kano, pemain bola tampar handalan
d) Maiko Nakamura, penyanyi popular
e) Maiko Watson (ahli kumpulan pop terkenal Kanada, Sugar Jones)
f) dan ramai lagi yang saya tidak tahu"
Di sini Saya merasa megah kerana Kluang Diamond, salah se orang blogger hebat di Malaysia (pak lebai pun kenal) sudi mengambil berat membantu saya dengan memberi tahu erti perkataan maiko.
Terima kasih tuan.
Keterbukaan dan kematangan tuan sangat dikagumi.
DeleteApabila kita mengenali seseorang, terus fokus walaupun ada bisikan seiringan yang cuba menggugat.
Yahniah.
Oh rupa2nya pendirian lelaki sungguh misteri. Dulu Kak Mirror pun ramai gang2 pompuan yg berhadapan situasi di mana jejaka idaman mereka tak meluah2kan isi hati walau hint2 telah diberi, umur pula kian meningkat, ibarat pungguk rindukan bulan, menunggu durian tak gugur2. Mcm ni rupa2nya misteri mereka.
ReplyDeletemistri yg mis mirror cerita tu tak sama dgn misteri saya. misteri saya bersebab. mungkin onak dan duri penyebabnya.
DeleteMmmm...makin femes Cik Adam ( rujuk kepada komen oleh kluangdiamond )Saya bukan saja membaca semua komen disini tapi melihat juga siapa mereka itu. At least boleh juga kenal siapa mereka kan...
ReplyDeleteSaya taklah se fames mana Mala tambahan jika dibandingkan dengan Kluang Diamond yang Mala tau. Cuma saya rasa happy banyak sebab blog Bbiar Lembu Yang Jadi Lembu banyak terdapat di dalam bloglist Great bloggers of Malaysia.
DeleteSekejap lagi saya nak upload entry baru. Good Nite.
IQ rasa dia memang nak adam mulakan langkah pertama. Tapi betul juga kata adam, dia xnampak onakk dan duri di hadapan.
ReplyDeleteSejak saya mula rapat dgn dia saya dah nampak duri tu. Itu sebab saya play safe dalam berkata kata tambahan dia memang penuh dgn kata2 bijak.
DeleteAllaaaaa IQ. Jodoh di tangan Allah. Apa kurangnya wanita Malaysia. Duri pun kat sini tak sebesar mana. Pun orang kita ramai yg hebat. Cuma belum tersua. Itu pun kalau ada niat ingin berumah tangga semula.
Thanks iq.
nampaknya Maiko dh bagi hint tu, dia nak Adam yang mulakan untuk perhubungan ini.. moga yang terbaik untuk kalian jika berjodoh..
ReplyDeleteSaya sekarang sedang bersedia ke sana. Hendak berbincang perkara yg mustahil.
DeleteMaiko dah bagi hint. tapi macam agak mendesak plak. sebab mungkin dah terlalu lama menunggu & nakkan kepastian?
ReplyDeleteAinniah, saya faham hint dari maiko tapi saya buat2 tak dengar. Tak mahu merosakkan perasaan dia bila saya tau kegagalan sentiasa menunggu. So, let it be as it is.
Delete