Thursday, 27 July 2017

DARIPADA DUDUK DIAM ELOK TULIS YANG RINGAN-RINGAN


Se orang pensyarah sedang membuat kajian berkenaan dengan minat suami-suami pada waktu lapang. Pensyarah ingin tahu apa yang suami-suami lakukan di waktu mereka tidak membuat apa-apa kerja. 

Penysarah tersebut mula meminta bantuan dari beberapa orang penuntutnya untuk pergi menemuduga sekurang-kurangnya 100 orang bagi setiap penuntut. Hanya tiga soalan sahaja yang perlu ditanya kepada suami yang ditemuduga iaitu, apakah kegemaran mereka di waktu lapang, suami berasal dari mana dan apa namanya.

AhSang salah se orang dari penuntutnya terpilih untuk melakukan tugas menemuramah.

AhSang (bukan nama sebenar) se orang penuntut yang bijak. Dia memilih se buah kawasan perumahan yang dipenuhi dengan rumah flet. Di situ AhSang tak perlu tercari-cari orang kerana mereka duduk se kumpulan. 

Tiada kaitan dengan entry

AhSang memulakan temuduganya yang pertama. Dia pergi ke blok A lalu terus mengetuk pintu rumah pertama.

AHSANG: Saya nak tanya, apa kegemaran tuan semasa lapang?

PENDUDUK PERTAMA:  Merenung intan.

AHSANG: Tuan berasal dari mana?

PENDUDUK PERTAMA: Lombok.

AHSANG:  Siapa nama tuan?

PENDUDUK PERTAMA: Muhamad Samudra.

AhSang mengucapkan terima kasih dan beredar ke rumah ke dua. Ah Sang pun bertanya.

AHSANG: Siapa nama tuan? 

PENDUDUK KE DUA:  Sheikh Mujibur Ali 

AHSANG:  Babuji berasal dari mana?

PENDUDUK KE DUA:  Dhaka, Bangladesh.

AHSANG:  Apa kegemaran babuji bila babuji tak buat apa-apa kerja?

PENDUDUK KE DUA:  Saya intan ada tengok.

Selepas mengucap terima kasih AhSang pun pergi menemuramah ke rumah ke tiga.

AHSANG: Saudara ini aslinya mana? 

PENDUDUK KE TIGA: Ambon, indonesia.

AHSANG:  Apa nama saudara?

PENDUDUK KE TIGA: Adi Unggul

AHSANG:  Apa kegemaran saudara semasa lapang?

PENDUDUK TE TIGA: Merenung intan.

Begitulah setiap tingkat yang AhSang tanya dan jawapan mereka tetap serupa: merenung intan. AhSang terasa pelik lalu beredar dari situ untuk pergi ke blok ke dua iaitu blok B. 

Sambil berjalan AhSang ternampak se buah tingkap bilik mandi di tingkat empat terdedah. AhSang menuju ke rumah tersebut lalu mengetuk pintunya. Keluar se orang wanita berkemban dengan tuala mandi membuka pintu. AhSang memberi tau wanita tersebut tujuannya ke situ.

AHSANG: Saya dapati tingkap bilik mandi saudari terbuka. Kenapa?

PEREMPUAN TINGKAT 4 BLOK B:  Iya, aku suka itu. Angin pantas masuk pak. Aku ijinkan ia masuk, nyaman sekali begitu.

AHSANG:  Waktu saudari mandi tingkap itu didedah juga ka?

PEREMPUAN TINGKAT 4 BLOG B:  Iaya. Di sini nggak apa pak karena di sini ngak ada jebong. 

AHSANG: Saudari berasal dari mana?

PEREMPUAN INGKAT 4 BLOG B:  Kenapa bertanya begitu pak. Aslinya aku Teluk Bayu.

AHSANG:   Boleh nyatakan siapa nama saudari.

PEREMPUAN TINGKAT 4 B:  Aduh ........ Ngapa pak? Tapi mereka panggil aku dengan nama pendekku. Semua orang di sini panggil aku dengan nama itu. Bapak juga boleh panggil aku begitu. Aku kepinginan dengarin bapak menyebutnya. Nama aku Intan Kamila. Mereka semua panggil aku Intan.

AhSang pun menamatkan tugas menemurah dan terus menghantara hasil kajiannya kepada pensyarahnya yang berbunyi begini, "Prof, hasil kajian saya, semua suami suka tengok intan."

Prof menggeleng kepala apabila membacanya sambil berkata, "Apa nak jadi dengan dunia sekarang. Suami suka tengok permata."

Cerita ini tiada kaitan sama ada yang membaca atau yang tidak membacanya.


Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan di sini. Nyatakan jenis pengiklanan yang di kehendaki di email:  biarlembuyangjadilembu@gmail.com

AL-FATIHAH UNTUK ALLAHYARHAM DAN ALLAHYARHAMAH

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam kerana sendiri komen sendiri usung. Video dan gambar dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

37 comments:

  1. rezeki jgn di tolak kan, udah di tayang kami tumpang tgk je

    ReplyDelete
  2. Haha glemer intan ni. Macam kat opis mama Ada sorang juga yg menjadi kegilaan lelaki. Semua lelaki suka tengok dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bezanya cuma satu mama. Intan ni tayang waktu mandi.

      Delete
    2. Mungkin pensyarah nanti buat rumusan, semua suami berperangai serupa.

      Delete
  3. Wah glamor Intan tu.. lelaki kan suka tengok sesuatu yang cantik.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lelaki kat situ suka tengok yg bogel. Hihihi

      Delete
  4. ok na gelak guling2 wahaha 😂

    ReplyDelete
  5. Suami antarabangsa suka tengok intan...pening2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka tengok semasa intan mandi je.
      Hahaha

      Delete
  6. hahaha.. ape punye perangai laa intan nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Intan nak cari populariti agaknya.
      Thanks ei'n.

      Delete
  7. hahahahaa...Adam u never failed to make us laugh

    ReplyDelete
    Replies
    1. And you never failed tangkap benda yg tersirat.

      Delete
  8. haha geram nyaaa. tell him who intan is! habis rosak research

    ReplyDelete
    Replies
    1. I can't tell the prof lah nurul because i wasn't in the scene.
      Hihihi. Thnks.

      Delete
  9. Mereka yang ditemuramah tak ada hobi lain .
    Those ladies in saris sure know how to enjoy life.

    ReplyDelete
    Replies
    1. The photo tells us something: Ladies don't like sharing b........

      Delete
  10. Pastinya saya bukan bernama INTAN, 😂😂😂😂😂😂

    Psttttt: Peel lelaki sememangnya gitu ya Adam?jujur... 🤔🤔🤔🤔

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak berani saya nak menjawabnya sebab melibat lelaki lain. Bimbang mereka marah saya.

      Beginilah alya, saya cadang kita minta AhSang buat survey lagi sekali tapi di tempat lain pulak. Hihih.

      Delete
  11. Pak, rumah itu di mana ya. Aku kepingin ka sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku ngak tau karena AhSang nggak bilang sama aku.

      Delete
  12. pulak..lain pulak prof tu fikir..ahaks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu ertinya miskomunikasi.
      Biasakan begitu.

      Delete
  13. Replies
    1. Hahaha..... Tak sabar nak tengok intan mangi.

      Delete
    2. Mimi, saya tak bermaksud sebenarnya.

      Delete
  14. Bab yang ini , lelaki selalu jujur ...
    Tapi bukan salah lelaki bila mereka jujur tentang hal yang satu ini ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 tidak berkata benar dgn isteri bukan dia suka tidak berkata benar. Bila berkata benar, isteri pulak tak percaya, itu yg menyebabkan suami tidak berkata benar sebagai hobby.

      Thnks mrs pip.

      Delete
  15. Kadang2 tidak berkata benar dgn isteri bukan dia suka tidak berkata benar. Bila berkata benar, isteri pulak tak percaya, itu yg menyebabkan suami tidak berkata benar sebagai hobby.

    Thnks mrs pip.

    ReplyDelete
  16. Bagusnya pendatang asing yang ditemuramah tu.
    Semuanya berkata benar tanpa selindung2.
    Isteri2 mereka kan kat negara asal masing2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul tu wp.
      Isteri mereka kat negara asal masing2.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...