Tuesday, 7 February 2017

SUDAH MELEBIHI DUA HARI MAIKO TIDAK MUNCUL


Pada hari Jumaat Disember 16, 2016 sepatutnya Maiko datang membawa saya ke restoran makanan halal selepas waktu pejabat, malangnya dia tidak muncul sehingga saya tertidur hingga ke subuh. 

Begitu juga pada keesokan harinya, Maiko tidak muncul lagi sedangkan hari Sabtu merupakan hari off dia. Sudah dua hari saya terperap di bilik kerana jadual rancangan saya ada pada Maiko dan semua rancangan saya dia yang rancang. Saya mati akal tidak tahu hendak ke mana bersendirian. 

Waktu pada masa tu, (hari Ahad) jam sudah melebihi enam petang dan hari bertambah gelap. Saya membelek handphone. Masih tidak ada jawapan dari Maiko samada melalui watsap atau sms. Bermacam-macam fikiran berlegar di minda. "Mungkinkah aku ditipu? Tapi apa yang Maiko tipu? Aku tak mengalami apa-apa kerugian." Saya berasa lega.

Saya berungut, "Boyfriend melarang dia berjumpa saya. Tidak mungkin, sebab Maiko se orang perawan bukan setakat muda bahkan cantik belum pernah di miliki oleh sebarang lelaki. Tiada jantan di Jepun yang berani menduga hatinya tambahan pula untuk menghampirinya." 

Teringat saya akan dialognya tempoh hari, "Unfortunately I have only met one man who is the true master. That's my up-hill task. I'am sorry, I can't name him Adam."

Saya anggap lelaki yang di maksudkan itu adalah saya kerana untuk mendapatkan lelaki seperti saya baginya merupakan satu tugasan yang besar (up-hill task) kerana saya dan Maiko dari berlainan negara. Banyak rintangan yang perlu dia lalui samada dari keluarga atau biokerasi undang-undang. Hujahan saya bertambah kuat apabila dia meminta maaf kerana tidak mahu memberi tahu nama lelaki itu kepada saya. Sekiranya lelaki itu rakyat Jepun sudah pasti dia tidak berkeberatan menyebut namanya di depan saya kerana saya tidak kenal pun dia. Soalannya, adakah lelaki itu saya?

Mana mungkin, bukan saya sahaja lelaki yang berada di Osaka. Sudah tentu ramai lelaki Jepun yang lebih hebat dari saya yang Maiko boleh pikat dengan satu jelingan. Saya tahu kehebatan jelingannya kerana kerap menerimanya.

Pastinya bukan kepalang ramainya lelaki menaruh hati kepada Maiko. Tambahan pula gambar Maiko pernah sekali menjadi hiasan sebuah majalah. Maiko kesal kerana hanya berpeluang sekali sahaja muncul di majalah. Dia memberi tahu saya yang dia berharap gambarnya dapat keluar untuk kali ke dua dan seterusnya. Gambarnya terpilih, saya berkeyakinan disebabkan perwatakannya selain dari wajahnya yang tegar tetapi manis.

Gambar hiasan

Jam sudah pukul 6.30 petang dan hari semakin gelap. Waktu Magrib di Jepun sudah habis. Saya kecewa tidak bertemu Maiko. Kecewa yang amat sangat bukan kerana rindu dan bukan kerana dipermainkankan tetapi kecewa dia tidak memberi alasan mengapa saya dipinggirkan. Saya sudah hilang keyakinan terhadap Maiko kerana perpisahan dibuat tanpa perancangan.

Pada waktu itu juga saya menyusun semula rancangan saya di Jepun. Keesokan harinya saya akan melawat Osaka dengan menggunakan plan B kerana plan A digagalkan oleh Maiko. Pada masa itu nama yang paling meluat saya sebut ialah nama dia, Maiko. Andainya dia menelefon saya pada waktu itu sudah tentu saya akan matikan handphone. Maiko bukan lagi se orang insan yang berhak mendapat penghormatan dari saya.

Saya belek semula handphone. Masih tiada respons dari dia. Saya delete nama yang bertulis Maiko di konteks. Saya terasa puas kerana sebagai lelaki saya mesti tunjukkan ego di tempat yang benar. Jam pada waktu itu sudah menunjukkan pukul 6.50 petang waktu Jepun dan saya bercadang hendak keluar makan. Saya tanggalkan pakaian dan dengan se helai tuala saya menuju ke bilik mandi. 

Sebaik sahaja saya membuka pintu bilik mandi, intercom tiba-tiba berbunyi. Saya pergi menjawab interkom dan melalui CCTV interkom saya nampak Maiko berdiri di pintu. Saya berlari terus membuka pintu. Maiko masuk melintasi hadapan saya sambil berkata, "Lucky you are having a towel."

Selepas mandi dan berpakaian saya dan Maiko keluar. Maiko berjalan laju. Dia yang dahulu masuk dan keluar dari lift. Di luar lift Maiko memperlahankan langkahnya. Semasa melintas ruang lobby saya sentuh bahunya dan dia berhenti berpaling mengarah saya. Saya kata, "I have to go back to the room. I'm wearing the smelling shirt that I wore yesterday. I picked the wrong one just now."

Maiko dengan selamba membuka butang baju 'coat' saya sambil mengeluarkan sebiji botol jernih berbentuk bulat seperti telur itik dari beg tangannya. Di-spray-nya ke baju saya, di pinggang sebelah kiri sekali dan di pinggang sebelah kanan sekali. Tidak pernah saya menghidu bau yang begitu nyaman melainkan berada di sisi Maiko. Satu aroma yang melalaikan saya. Kelihatan di botolnya tercetak perkataan LOVELY dan di bawah Lovely ujud perkataan Sarah Jessica Parker.

Saya hanya menerima dua semburan sahaja tetapi wangiannya semerbak seperti haruman flora di rimba tebal (saya memang kaki hutan). Sebelum melangkah semula Maiko memancit sedikit wangian ke tiga jari tangan kirinya kemudian menyapunya ke leher saya. Disapunya sehingga jari-jarinya kering kemudian baru dia berkata:

MAIKO:  I like the fragrance. Do you?

SAYA:  I could smell your scent. It aroused mine and love it. I missed this yesterday, the day before and almost a full day today. Should I miss it again .........

MAIKO:  What did you miss? (dia ketawa). I can't challenge you with words and I admit it. Your words are drugs used not only confused my mind but the feeling as well. You're a man who never argued but awlays won a heart.

Perlahan-lahan kami melangkah menuju ke Dotonbori. Maiko mendiamkan diri tanpa kata, begitu juga saya yang sudah hilang perkataan.

Pembaca yang bijaksana, tunggulah entry seterusnya saya akan cerita mengapa saya begitu mudah keluar bersamanya pada waktu itu sedangkan sebelum ini saya begitu benci dengannya hinggakan namanya sahaja saya meluat mendengarnya. Nama Maiko telah ghaib dari handphone saya tetapi adakah nama itu masih meniti di bibir saya?


(This site is our site and the stories belong to us. Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and judgment are as good as mine.)©
Klik video kemudian klik watch this video on youtube

Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, menyentuh sentimen agama dan kaum serta individu. Segala risiko akibat ulasan atau komen yang disiarkan menjadi tanggong-jawab pengulas sendiri.

Semua gambar dan video dalam tulisan ini tiada kaitan dengan cerita, semata-mata hiasan.

48 comments:

  1. dah macam novel ni tuan. seronok baca. :) mujurlah pakai towel ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan mujur pakai towel.
      Yang betulnya, mujur towel tak jatuh.
      Thanks raihanah.

      Delete
  2. sbenarnya ni kisah ape?

    wanfaizumi.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Cinta terpendam y x mampu diluahkan maiko.. N adam y seakan tidak memahami isi hati maiko kah??tp ada hint2... Lelaki itu adalah en adam barangkali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lya kata, "Lelaki itu adalah en adam barangkali.."

      Saya juga kata barangkali, tapi bila perkataan barang kali timbul dah tentu perasan was2 timbul. Was2 masih lagi belum nyata. Barangkali.
      Thanks sebab singgah sini.

      Delete
  4. Hihihi....betullah...macam baca novel je..tak sabar nak tahu endingnya...😊
    Adam yang buat pagar wa tu duk tasik puteri rawang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa saya sebenarnya lebih suka menulis rencana. Tapi dah terlanjur menulis cerita ni, biarlah saya teruskan. Tapi tulisan saya tidaklah secantik bahasa novel. tak ada deraf pun. taip, taip, taip kemudian publish.

      Pasal pagar tu saya dah buat pun. maksud saya dah tempah. apa2 pun terima kasih lah walaupun wa lewat beri tahu. Senang2 singgah lah lagi sini, boleh berborak kosong.

      Delete
  5. Saudara,
    Beri tau kami bila Maiko nak tiba KLIA.
    transport no pblem.

    ReplyDelete
  6. Reen setuju dengan kata2 terakhir Maiko dalam entry ni.. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama tak nampak reen.
      Komen saya kat entry reen pun u didnt response.

      Everything dah ok ke?

      Delete
  7. Nama Maiko telah ghaib dari handphone saya tetapi adakah nama itu masih meniti di bibir saya?

    Jawapan: tidak penting sama ada nama itu masih meniti di bibir saudara atau tidak, yg pasti (pd pandangan saya) nama Maiko telah terpahat dalam hati saudara....hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila tuan sebut di bibir dan di hati, teringat saya sebuah buku:
      What Is Said and What Is Not.

      Buku tu kemudian diulas oleh Carlo Penco. Ulasan dia ada sikit sama macam pepatah melayu kita. Lain di mulut lain di hati. Siapa kata melayu kita tak pandai tentang komunikasi

      Delete
    2. Tuan, ada orang yg berpendapat bahawa bagi lelaki mulutnya di hati manakala bagi perempuan hatinya di mulut....oleh kerana itu ramai lelaki yg lebih suka memendam perasaan, tidak terluahkan namun Maiko mungkin juga membiarkan soal hati menjadi persoalan.....

      Delete
    3. Saya tak tau tu sebelum ni, sekarang setuju jugak dgn kata2 tuan. Hati perempuan di mulut.

      Delete
  8. Maiko seorang gadis yang sopan, ayu dan pemalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan pun tau. Lebih 3 minggu tuan di jepun. Kebanyakan gadis jepun memang bersopan. Tuan mesti jumpa ramai yg macam tu. Terutama dgn kita, orang luar.

      Delete
  9. As always, Maiko's speech would never fail to mesmerize me... Her name may be abandoned by your lips but it was kept safely in your heart. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. The way words were arranged, i noticed that both of you serupa. Love the way u write.

      Its kept in the safety box.

      Delete
  10. Replies
    1. Bukan kesah cinta. Kesah reality.

      Delete
    2. Tak ada sapa yg bercinta pun.

      Delete
    3. Tuan, orang gila tidak pernah mengaku yang dia gila malah dikatakan orang lain pulak yang gila....cuba tanya diri sendiri sebab diri sendiri tak pandai berbohong.....hehehe

      Delete
    4. ..... bukan suatu kesalahan jika jatuh cinta

      Delete
    5. Tuan yusof,

      Andainya lelaki boleh membuat perempuan rasa selesa, dia sudah beri separuh kepercayaannya.

      Saya baca entri tuan tentang asal nama nasik lemak semalam. Kelakar

      Delete
  11. nice entri .. aril singgah ye . done follow blog ni ..

    ReplyDelete
    Replies

    1. Terima kasih tuan sebab singgah dan follow.

      Delete
  12. mulut kata benci tapi hati? ehem ehem 😄 nama ghaib di hengfon x bmakna ghaib di ingatan kan kan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehem ehem,

      Biasanya kita mudah lupa tentang nama orang, nama jalan. Ada masanya kita lupa kat mana kunci diletakkan. Tapi ada satu ingatan tidak mudah dilupakan. Jangan diperniaga kan satu kenangan yang indah.

      Thanks,

      Delete
  13. Owh saye tahu kenapa. Dari segi penelitian saye maybe Adam dah jatuh cinta dgn Maiko? Betul tak? Btw, ingatkan dekat majalah tu gambar Maiko. Hiasan rupanya . hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandai nadhie berselindung tekaan dgn mengguna perkataan maybe. Dalam jangkaan saya pulak, dia bergantung kepada dua kemungkinan: maybe or may it be.

      Gambar dlm tulisan ni memang untuk hiasan. Saja2 menghias entry. Thanks u singgah sini.

      Delete
  14. En.adam telah terpesona dengan maiko.. biar apa pun yang maiko buat, en.adam tak mampu untuk menidakkannya.. rasa kasih dan sayang telah melingkari hati en.adam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang mudah terpesona terutama benda yg baik baik. Entry eyda pun saya terpesona. Kerap hati saya kata bila lepas baca; entry eyda baik.

      Delete
    2. Terima kasih di atas penghargaan ini..masih banyak perlu diperbaiki dengan hasil penulisan saya..

      Delete
  15. Kalau Maiko bhangra mesti graceful

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, maiko nak belajar main kuda kepang dgn zapin.

      I read yr entry, the storytelling. Well written. Sangat setuju espacially tentang yr grandkids yg tak nak lagu yg dia dah jemu dengar.

      Delete
  16. bersambung2 plak cerita ni. macam baca novel bersiri dalam majalah. dah rindu sangat kat Maiko la tu. benci tapi rindu. haha

    ReplyDelete
  17. Bukan benci tapi rindu.
    Tapi rindu tetap rindu. Kahkahkah.
    Gurau je ni.

    ReplyDelete
  18. Acah acah marah jer tu sebenarnya kan....Dah ada depan mata terus cair.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya saya memang tak tau marah. Tambahan pulak nak marah kat orang yg sentiasa bersopan santun, sentiasa lembut dlm berkata-kata.

      Memang cair.

      Delete
  19. tiba-tiba teringat waktu bercinta zaman dulu dulu. Bila merajuk . bergaduh mesti delete nama dari phonebook. sebab taknak tengok nama tu lagi.padahal, dah hafal phone number >,< dah rasa rindu, dail number tu manually . hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa orang lain pun buat macam tu. Lepas tu add semula untuk senang dial.

      Delete
  20. ajaibnya wanita bernama Maiko..hihi..bisa bikin penasaran..sampai terpakai baju semlm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab masa tu mata sentiasa di Maiko.
      Hahaha. Dia memang ajaib.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...