Tuesday, 26 April 2016

ADA MASAALAH KE KALAU KAMU TIDAK TAHU?


Hantaran Pertunangan

BETUL KE KAMU TIDAK TAHU?

Kamu tidak tahu. Banyak perkara yang kamu tidak tahu. Ada kala kamu keliru tapi itu bukan sebagai satu alasan untuk kamu berkata bukan kamu tidak tahu. Kalau ada lima jawapan yang hampir serupa tapi kamu tidak tahu jawapan yang mana hampir tepat, bermakana kamu masih tidak tahu.

Kamu tidak tahu iaitu pengetahuan sebenarnya ialah apabila kita tahu apa yang kita tahu dan kita tahu apa yang kita tidak tahu. Bukan kita tidak tahu apa yang kita tidak tahu.

Kamu tidak tahu yang ada masa kamu keliru tapi kamu masih tidak mahu mengaku yang kamu tidak tahu. Sebagai contoh: kamu terlalu sukar memikirkan untuk membeli hadiah untuk diberi sebagai cendera hati pengantin. Kamu pergi ke pasar raya. Di situ kamu nampak ada beberapa pilihan yang boleh dijadikan hadiah. Akhirnya kamu memilih untuk membeli cerek eletrik sebagai cendera hati.

Selimut Baby

Apabila tiba masanya kamu pergi ke majlis perkahwinan dengan membawa hadiah yang sudah dibungkus cantik. Setibanya kamu di situ, kamu menguhulurkan hadiah kepada bapa pengantin. Bapa pengantin tersenyum walaupun dia tidak tahu apa hadiahnya. Di suatu sudut kamu nampak banyak hadiah-hadiah yang telah bapa pengantin terima dan tidak kurang dari 10 kotak hadiah yang saisnya sebesar dengan bungkusan hadiah kamu.

Kamu tidak tahu di sebelah malamnya pula, pengantin dan keluarga membuka semua hadiah. Pengantin menerima 12  hadiah yang serupa dengan cendera hati kamu, cerek eletrik. Kamu tidak tahu kesemua ahli keluarga pengantin ketawa terbahak-bahak pada masa itu.

Tuala dan selimut bersulam nama bayi 

Kamu tidak tahu ada sebuah syarikat bernama, TWIN's WEALTH no. pendaftaran: SA0152937-K yang mengedalikan cendera hati berbentuk peribadi. Bermakna tidak akan ada dua orang yang memberi cendera hati yang serupa.

Kamu tidak tahu syarikat tersebut dikendalikan oleh Cik Faizan yang talian telefonnya 012 266 9391. Kamu tidak tahu Facebook Cerdeque Collection juga milik syarikat ini.

Sampul bantal bersulam nama baby

Kamu tidak tahu yang kamu boleh menempah tuala mandi (andainya kamu pilih tuala) disulam dengan nama pengantin oleh TWIN's WEALTH sebagai cendera hati. Ini bermakna tidak ada orang lain yang akan memberi hadiah yang serupa. Pengantin akan berbesar hati kerana terdapat namanya disulam berserta dengan ucapan Selamat Pengantin Baharu dengan kemas dan rapi.

Kamu tidak tahu yang kamu juga boleh memberi cendera hati kepada ibu-ibu yang baharu bersalin dengan barangan seperti selimut baby, tuala baby, sampul bantal baby dan lain2 juga disulam nama baby secara kemas dan cantik. Kamu tidaklah menjadi seperti orang lain yang menghadiah botol susu bayi. Ada kalanya tidak kurang dari lima orang menghadiahkan botol yang serupa.

Kamu tidak tahu hadiah untuk ulang tahun perkahwinan, pertunangan dan hadiah untuk hari jadi boleh didapati dari syarikat yang sama.
Tuala harijadi bersulam dgn nama

Kamu tidak tahu anak-anak yang duduk di asrama kerap bertukar tuala mandi. Ini tidak elok untuk kesihatan mereka. Ada kalanya anak-anak kehilangan tuala. Kamu mungkin tidak tahu yang kamu  boleh menempah dari syarikat ini tuala mandi bersulamkan nama anak anda yang duduk di asrama untuk mengelakkan tuala dari bertukar.

Kamu tidak tahu, syarikat TWIN's WEALTH turut membekalkan secara pukal baju-baju koperat. Baju-baju yang dibekal turut disulam dengan logo koperat penempah. Sulamannya professional.

Kamu tidak tahu, kesemua barangan tempahan disiapkan dalam masa yang dipersetujui, kemudian dihantar ke seluruh pelusuk tanah air mengikut alamat yang dikehendaki melalui pos tempatan.

Apabila diajukan pertanyaan kepada Cik Nurfaizan kenapa dia bersungguh-sunguh menguruskan syarikat TWIN's WEALTH. Jawapan ringkas darinya, "Every customer makes the relationship my wonderful experience."

Gambar tuala untuk kekasih

Kamu tidak tahu yang selepas membaca ini kamu sudah tahu bagaimana untuk memilih cendera hati secara tepat. Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan kamu kerana kamu tidak tahu, mungkin pada masa ini rakan-rakan kamu sedang buntu memikirkan dan masih tidak tahu hendak memilh cendera hati.

Bantulah mereka dan jangan biarkan mereka tidak tahu seperti kamu dahulunya tidak tahu. Maklumkan juga kepada mereka yang TWIN's WEALTH boleh dihubungi melalui tiga cara seperti di bawah:

a. Whatsaap/SMS: 012 266 9391
b. Email: twins.wealth@gmail.com
c. Instagram: :@cerdequecollection

Sama-samalah kita mengguna teknologi untuk memudahkan uruscara harian.


Semata-mata untuk hiburan



Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, sensiviti terhadap bangsa, agama dan individu.

4 comments:

  1. serius kreatif cara awak review dalam entri ni..
    part hadiah yang sama tu ciktom dah rasa waktu buka hadiah kahwin 2bulan lepas..memang banyak juga hadiah sama jenis tapi brand berlainan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik tom, pasal hadiah yg sama tu, sekarang pun masih berlaku. Kalau ibu bersalin dia dapat banyak hadiah yg sama. Botol susu, puting.

      Delete
  2. Wow! Kreatif nya menulis dan berbisnes.Good job !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu bukan bisnes saya. Tolong je. Kat blog saya pun tak buat iklan. Cuma ada 4 blog yg saya add tu yg ada iklan. Itu pun saya add sebab kawan2.

      Tq singgah

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...