Wednesday 13 April 2016

Antara dua tidak berdarjat


                                                 Loved by family

Dulu semasa saya sekolah rendah, saya ada bela anak kucing yg orang buang.

Pada mulanya saya nak buang kat pasar tapi emak kata tunggu dia besar baru buang. Lama-lama kucing tu besar. Ini cerita benar.

Sekarang dah duduk kat Shah Alam teringat pulak kucing tu.  Kucing saya tu takut dengan tikus. Takut sesangat.

Nampak tikus dia lari. Dia sembunyi. Nampak tikus dia lari. 

Ada  seekor tikus, hari-hari datang curi ikan salai. Bila malam je dia datang curi ikan.

Entah macam mana lama-lama tikus jadi geng dgn kucing. Dah jadi kawan mesra. Bila tikus datang waktu malam kucing sama-sama makan ikan salai. Kemudian sama-sama bergurau.

Kadang-kadang seekor ikan sama-sama dikongsi makan. Kami buat tak tau sebab tikus hanya sekor lagi pun dah jadi kawan kucing. 

Merka main sama-sama. Main kejar-kejar. Kucing kejar tikus. Lepas itu tikus kejar kucing. Ada giliran dia kejar mengejar. Bila penat sama-sama rehat.

Kucing itu tak tau perbezaan darjat. Tak macam kita. Kita kalau kaya sikit dah sombong. Kita baru pandai sikit dah kata orang lain bodoh. Kucing dengan tikus itu tak tau siapa pandai dan siapa bodoh.

Kita ni dahlah tak pandai tapi kat Fb kita kutuk orang. Cara kita kutuk pun tak betul. 

Tikus itu dah jadi jinak sangat hingga bergurau dgn kucing sampai atas katil. Kerap begitu. Satu malam dia termasuk dalam kain saya. Saya sedang tidur, terbangun saya.

Semasa tikus itu dalam kain, saya pukul dia. Rupanya dua kakinya patah kena pukul. Kesian.

Esoknya tikus tak datang. Lusa pun tak datang. Lepas tu terus tak datang.

Kucing tu tiap-tiap malam tunggu tikus kat kotak ikan. Hari-hari dia tunggu situ. Tak ada malam yg dia tak tunggu. Pukul 12 malam je dia tunggu kat kotak tu. Ada masa dia tidur di situ hingga pagi.

Siang hari dia masuk ke dalam semak kat belakang rumah, cari kawan dia. Tiap-tiap hari cari kawan dia, tikus tu. Kadang2 satu hari 3 kali dia masuk semak, tak juga jumpa kawan dia. Beri dia makan dia tak nak. Kalau makan pun sikit sangat.

Kadang2 dia duduk kat tingkap, pandang semak sambil mengiau. Saya terpaksa alih dia bila petang saya nak tutup tingkap.

Bila siang je kucing saya ke semak. Hari2 begitu. Lama-lama kucing itu dah tak balik. Mungkin ular makan dia atau mati sedih sebab rindu pada seorang kawan yg sama sekali berlainan jenis.

Pilu rasanya hati bila terkenang hubungan mereka. Terbayang-bayang saya dia duduk di tingkap. 

Binatang yg berlainan kasta boleh hidup aman sentosa kenapa kita manusia yang Allah beri fikiran untuk berfikir sanggup memutuskan siratulrahim sesama kita. Sanggup menghina sesama kita.

11 comments:

  1. Menarik cerita tentang kisah kucing dan tikus.. Setuju. Sedangkan haiwan pun tidak membezakan, kenapa kita manusia yang nak bezakan?

    Sedih pun ada baca kisah si kucing ni tunggu kawan yang tidak muncul..

    ReplyDelete
  2. Sahabat sejati tanpa membezakan antara keduanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya begitu tanpa mengira bangsa, agama, usia, jantina.

      Thanks.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...