Monday 25 April 2016

1st PETIKAN CORETAN DARI GERUP WHATSAAP "SHOOT"



What is in the name

Saya siarkan cerita saya sendiri tempoh hari di gerup whatsapp saya. Saya guna ganti nama "Teman" di situ mengikut cara mereka bertutur di gerup itu walaupun bukan semua ahli terdiri dari orang Perak. Kita orang Malaysia kan, semua ganti nama boleh kita guna. Selamat membaca.

BAHAGIAN PERTAMA

Sekarang teman sedang makan tengah hari kat hotel. Kamu jangan ingat hotel kat sini takde klass. Setanding jugak dengan hotel luar negara yg teman dah pergi. Macam-macam hotel teman pernah duduk, lebih kurang sama dengan hotel kat sini. Sebut pasal hotel teringat teman semasa pergi ke luar negara. Boss teman, hantar teman selama dua minggu kat sana, macam nak gila teman rasa. Dua minggu teman tak dengar orang cakap melayu. Dua minggu tak dapat rasa nasi.

Teman ingat lagi masa tu, sebelum sampai ke hotel, teman tertanya-tanya dalam hati macam mana bentuk hotel tu. Ada klass ke tak? Dalam hati teman, "Banyak2 hotel kat sini bos teman tempatkan   (nama hotel disenyapkan untuk tidak menjadi iklan). Nama hotel pun ganjil. Dalam otak teman masa tu, "entah2 hotel tu dalam zoo."

Aduh, bila teman masuk je ke lobby hotel, teman kagum. Indah, sergam, menawan. Ramainya orang putih. Nasib baik sebelumnya teman tak kutuk bos teman, kalau tak berdosa teman. Teman ni dikira lelaki terbaik di malaysia, teman memang lom kutuk sapa2 pun.

Bila teman masuk je lobby tu, penyambut tetamu terus  tanya luggage teman. Dia nak hantar ke bilik. Luggage teman sebenarnya hilang kat airport. Lima  hari baru dapat. Selama lima hari itu teman pakai baju yg sama. Seluar sama, underwear pun sama. Underwear tu dah bau satu macam sebab menapis kentut selama lima hari. Pergi dinner pun pakai underwear tu.

Teman tak boleh beli baju lain sebab credit card dalam luggage. Pasal luggage yg hilang tu kalau tak silap teman, teman ada email kat assistant teman yang memangku jawatan teman selama dua minggu. Dia gelakkan teman melalui email. Berdosa dia, sebab gelakkan musafir.

Sebenarnya tadi teman nak cerita pasal lunch. Tapi ke lain pulak jadinya.

Bakal jadi geng whatsaap penulis 

Okay, teman sambung ni.

Teman tadi pilih bahagian buffet sebab teman suka makan berselerak. 

Teman masuk je ke tempat makan, terus beratur pilih makanan. Then makan. Bila dah habis makan teman bersandar kat kerusi. Teman nampak orang di meja sebelah bawak makanan. Aduh sedapnya. Menyesal pulak teman pilih yg tadi. Itu memang tabiiat manusia, yang dah dapat selalunya memang  tak sedap.

Geng whatsapp penulis

Tetiba datang se orang perempuan muda lingkungan 20han datang ke meja teman. Dia Melayu macam teman. She said, "I notice you  are alone. May i join u sir?"

Bila teman nampak dia cantik teman terus kata, "why not. Pull down the chair, please." Sebelum duduk dia hulur kad bisnes. Ini memang cara teman, bila terima kad, teman pura2 impress. Teman puji name card dia.

Dia pilih kerusi bertentangan dengan teman. Bila dia duduk teman terus kata,  "You are very attractive."

"Beauty is only skin deep sir,” she replied.

"My message is clear — being a physically attractive person means something important and something beautiful. By the way, I don't think we have ever been introduced. How shall i adress you?" teman tanya dia.

"You may guess my name uncle," dia kata. Bila dia kata tu teman dah tau, dia punya psikologi mesti tahap melambung. Selamba je suruh teman teka. Dia buat teman macam kawan-kawan lama pulak. Atau teman yg terperasan sebab tetarik dengan dia. Tapi teman tak mudah nak tertarik dengan sesiapa sebab hati teman ni macam pelangi. No one can reach the rainbow. Yes, no one ever.

Makeup dia simple je. Hanya lipstick. Dia pandai menggunakan lipstick. Lipstick dia hanya ada kat bibir. Tak nampak pun dia calit gincu kat dahi. Kat dagu pun tak nampak warna gincu. Yang teman nampak warna lipstick dia ada kat bibir.  Sungguh bijak dia.

"Your name written on this card as Miss R. Are u Rohaya?" Dia geleng kepala. "If not Rohaya then u are Rohani." Dia geleng lagi. "Rohana?" Dia geleng jugak. "Raidah or Rafidah." Pun dia geleng.

Teman terus kata, "Azizah, Rohani, Robert." Dia ketawa. Teman hanya senyum. Teman tak nak ketawa sebab tak nak dia nampak gigi teman yang dah kuning. Gigi dia putih tersusun rapi, macam tentera laut German yg berkawad. Teman belum pernah tengok orang German pun.

"Just call me Miss R," dia kata.

Geng watsaap penulis

"What was your name again?" teman tanya lagi.

"You may call me R. There's nothing in a name uncle," belum sempat dia habis teman mencelah.

"You are rite. What is in a name? A rose is still a rose, by any other name would smell as sweet. If u call it orchid, it still has the rose's smell." Dia ketawa manis. Kalah stavia punya manis.

Dia ingat teman ni tak pandai guna kata2 Shakesphere, "a rose is a rose." Dulu teman kaji sastera Romeo and Juliet semasa teman form five. Siapa ingat lagi cerita dalam buku tu.

Ok fren, nanti teman sambung. Sebab teman dah nak balik. Apa2 pun teman nak settelkan kerja teman lepas ni. See u.

Coretan Pasal persahabatan KLIK


Mari belajar dari video ni

Penulis tidak bertanggong-jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, sensiviti agama, bangsa dan individu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...