Tuesday, 12 April 2016

JANGAN MARAH-MARAH USTAZ.



Baru-baru ini heboh tentang pendakwah Islam, Dr. Zakir Naik yang akan berceramah di beberapa tempat di Malaysia.

Saya kerap juga menonton video Ismail ibn Musa Menk juga dikenali sebagai Mufti Meng yang berasal dari Zimbabwe kerana beliau menggunakan bahasa yang mudah dan tonasi yang menarik ditambah pula dgn sedikit humor.

Tidak kurang juga kita mempunyai penceramah-penceramah yang tidak kurang hebat malah mungkin lebih hebat sebab kita faham 100 % apa yang disampaikan oleh  penceramah-penceramah kita.

Dalam pada itu, terdapat juga penceramah-penceramah kita yang mudah tersasul semasa berceramah. Di bawah ini sebagai contoh:

1) Seorang penceramah sedang menerangkan tentang dosa mencuri.  Di dalam ceramahnya dia berkata, "Ada seorang pemuda yang kerjanya mencuri. Pemuda tu bukan dari tempat ni. Dari tempat lain." Kata-kata beliau berlapik, memang elok dengan menyatakan pemuda dari kampung lain.

a. Andainya memang ada pemuda yang dimaksudkan itu di kampong lain kerjanya mencuri, tidakkah itu sebagai satu umpatan walau pun nama dan tempat tidak dinyatakan.

b. Andainya tidak ada pemuda yang dimaksudkan itu, tidakkah itu satu fitnah atau satu pembohongan.

2) Di samping itu ada juga penceramah yang suka marah-marah. Ada kalanya dia marahkan penguatkuasa dengan penuh emosi. Sesuaikah penceramah mengeluarkan emosi di dalam sebarang majlis ilmu.

3) Terdapat juga penceramah yang suka menyelit isu-isu politik di dalam ceramah masing-masing. Memang betul Islam tidak lari dari politik tapi alangkah indahnya sekiranya politik tidak diselitkan semasa muslimin sedang tekun mendengar ilmu. Tidak kiralah di pihak mana pun penceramah itu menyebelahi.

Walau apa pun, kita lupakan tiga isu di atas dan sebaik-baiknya kita tetap pergi mendengar setiap kali ada ceramah agama kerana yang kita hendak kejar ialah ilmunya. Di samping itu pahala juga terkumpul apabila kita menghadiri majlis ilmu.


TO WATCH THIS VIDEO, CLICK THE VIDEO THEN  CLICK YOUTUBE.





6 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...