Sunday, 17 April 2016

DON'T PLAY-PLAY WITH PERASAAN

 
Nur Humaira Sofea. Five months old, born on Nov 24, 2015

Kita kerap bersembang dengan panjang lebar tetapi akhirnya kita tidak faham sepenuhnya apa yang kita bualkan.

Dalam perbualan kita, terselit senyuman dan gelak ketawa tapi akhirnya perasaan gembira tidak timbul sebaik sahaja perbualan kita berakhir.

Kenapa terjadi begitu?

Cuba kita perhatikan, bila berselisih dengan rakan dan dia  bertanya kabar kita, secara pantas kita membalas dengan satu perkataan, "baik," sambil kita berlalu pergi. Memadaikah menjawab dengan satu perkataan sahaja? Memadaii, sebab lengkap. Jawapan yang mengambarkan kita sihat tanpa masaalah.

Jika diteliti secara ringkas itu merupakan satu cara mudah (polite disconnection) untuk megakhiri perbualan.

Kalau dilihat dari segi jawapan memang lengkap walau pun dgn satu perkataan tetapi masih ada yang kurang. Kurang kemeseraan. Kita meringkaskan bicara sebab ingin bersendirian, tidak sudi berkongsi masa atau bimbang diminta pendapat. Maka terjadilah pertemuan yang tiada hubungan sanubari dalam ertikata yang sebenarnya.

Cara demikian menyempitkan ruang kita untuk berkongsi idea, berkongsi perasaan dan berkongsi pendapat walau pun seketika . Kita tidak menggunakan kesempatan walau pun dalam masa yang singkat. Tetapi bagi orang bijak mereka berusaha mencipta kesempatan sebaliknya kita mengsia-siakan kesempatan yang diberi.

Jika keadaan demikian berterusan ini menakutkan. Dibimbangi bersendirian menjadi pilihan.

Jagalah perasaan kawan kerana shabat ada bermacam-macam jenis. Mungkin salah se orang dari mereka akan meminjamkah bahu (pinjam istilah Inggeris) apabila kita menangis di suatu masa nanti. Menjaga perasaan memang  penting dalam setiap hubungan.

Di dunia ini hubungan se sama manusia adalah perlu bahkan tersangat perlu dijagaii. Menjaga tali silaturahim ganjarannya pahala.

Saya teringat ketika saya ditawarkan satu perkerjaan baru dengan beberapa syarikat setempat. Gaji ditawarkan hampir sekali ganda. Tawaran ditolak kerana jika diterima pada waktu itu saya terpaksa berjauhan dengan keluarga sedangkan saya tahu keluarga memerlukan hubungan minda, fizikal dan perasaan dari saya. Perkara-perkara itu telah terabai 35% bertahun-tahun disebabkan komitment kerja. Itu menyeramkan saya.

Ternyata tindakan saya tepat kerana untuk menjaga se suatu hubungan dengan sepenuh hati, kata-kata tidak memadaii sekira mereka tidak didampingi.

3 comments:

  1. Kata-kata perlulah diikuti dengan tindakan, barulah nampak keikhlasan dan kesungguhan dalam berkata-kata..

    Bukan mudah menjaga hubungan silaturahim, bila ada salah dalam perbuatan silap dalam tutur kata mampu merenggangkan hubungan persahabatan malah hubungan kekeluargaan itu sendiri..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...