Puan Rohana Ibrahim, pernah jadi rakan sekerja penulis.
Di waktu ini ramai yang mencari kekasih jika dibandingkan dengan yang mencari pasangan hidup. Perkenalan sebelum berumah tangga mungkin dapat membantu untuk mengetahui keserasian pasangan.
Tidak kurang juga ramai yang gagal bercinta. Ini bermakna percintaan kecundang di tengah jalan. Kegagalan disebabkan ada pihak yang memusnahkan kejujuran. Hasilnya, masing-masing menuju ke lain arah.
Terdapat juga pasangan yang telah tergores hatinya masih ingin mengekalkan hubungan, dengan alasan tersendiri. Hubungan mungkin tidak seintim seperti sediakala.
Bukan mudah untuk melupakan sesuatu kepercayaan yang telah dikhianati. Andai kata hubungan diteruskan juga, kemeseraan diibaratkan seperti pancang di tengah arus yang sentiasa bergoyang.
Puan Rohana dan Tuan Yusof, pasangan ideal. Suami isteri ini kedua-duanya rakan penulis.
Cemburu, syak wasangka dan dendam pasti terselit di hati. Ini disebabkan perasaan bimbang dikianati sudah terbenam di kalbu.
Bukan mudah untuk melupus ingatan terhadap pengkhianatan walau pun hati berbicara serta berfikir di luar kotak walau pun minda berkali-kali mengatakan, "yang lepas biarlah berlalu."
Ia mengambil masa untuk mengembalikan kepercayaan. Untuk mengembalikannya, hati mestilah diiringi dengan keberanian: keberanian untuk mendengar dan mempercayai. Ketelusan kedua-dua pehak amat perlu.
Di antara perkara-perkara yang terpenting sekali ialah hati. Hati kena yakin kepada niat orang yang menghulur penyambungan semula tali percintaan. Tiada jalan pintas untuk dapat kepercayaan melainkan dengan menghulur kepercayaan.
Sekiranya ada sikap "defensive," pasti akan ujud gelangang perang emosi. Gelanggang yang tidak berupaya mengisytiharkan pemenang.
Walau setelah hubungan pulih, ini tidak bermakna anda tidak akan dikhianati untuk kali ke dua. Dengan kata-kata yang mudah ia membawa erti, kepercayaan tinggal kepercayaan.
Andai kata penyambungan semula hubungan berlaku kepada anda, cubalah tanya pada diri sendiri sebelum bertindak sesuatu, "Is this relationship worth that risk?"
**readers and followers: any article from this blog will be published once a week on every Saturday. Please take note.
Ya kepercayaan perlu ada dalam sebuah perhubungan..bila kepercayaan itu telah dikhianati, tidak mustahil ianya sukar untuk memulihkan keadaan seperti sebelumnya..
ReplyDeleteAda yang mampu memberi peluang kedua bahkan ketiga, tapi tahap kepercayaan itu akan berkurangan daripada sebelumnya..
Jadi hargailah pasangan, jangan hancurkan kepercayaan yang ada..
Kepercayaan ni salah satu benda yg mahal.
DeleteItu sebab kadang2 ada orang tak dapat tu.
Thanks eyda.