Gambar hiasan: Anak kembar penulis
Ingat tak kita dengan kejutan kesah se orang anak cermelang yang bernama Nur Amalina Che Bakri. Kecemerlangannya hasil dari kerja kerasnya yang dibimbing oleh se orang wanita yang sangat mengerti tentang peranan ibu, menjadikan Nur Amalina cemerlang. Begitulah kehebatan se orang wanita yang mempunyaaii kesedaran terhadap masa depan anaknya.
Apa pula puncanya sekiranya ada ibu-ibu yang tidak menjaga anak-anak dengan sempurna hingga ada anak sendiri bertaburan seperti layang-layang tak bertali? Puncanya tidak lain dan tidak bukan disebabkan ibunya telah diresapi dengan se jenis wabak penyakit dari masyarakat.
Peranan ibu memang penting sehinggakan dunia telah mengiktiraf semua ibu dengan menetapkan satu hari dalam setiap tahun dan hari itu diberi nama Hari Ibu. Diraikan sejak tahun 1912 bermula di West Virginia.
Kita perlu percaya iaitu hati se orang ibu sebenarnya lebih teguh dari sebiji intan. Intan juga tidak dapat menandingi nilai kasih se orang ibu. Cintanya kepada anak tidak akan pudar walau pun segelap mana zamannya. Demi anak-anak ibu bertungkus lumus. Ada yang menemuii kegagalan dan tidak kurang yang bangkit semula semata-mata ingin melihat anak-anak mengecap kebahagian.
Tidak semua ibu berfikiran serupa. Tidak semua ibu sentiasa mempunyaii perasaan "Ingin Berkorban Untuknya." (IBU akronim: Ingin Berkorban Untuknya.)
Gambar hiasan: Anak bongsu penulis
Anak2 memerlukan kasih sayang dari se orang ibu di mana kasihnya tidak pernah bertepi. Kasihnya tidak akan kering selagi masih ada nyawa dikandung badan. Begitu juga dengan kamu wahai ibu-ibu, kamu juga memerlukan kasih yang serupa dari ibu masing-masing.
Allah mencipta se orang ibu dan menjadikan semuanya berperanan serupa. Selain dari menabur kasih sayang ibu-ibu juga memberi tenaga, masa, air mata dan senyuman untuk anak-anak. Bagi ibu, terutama yang menjadi suri-rumah sepenuh masa, dialah orang yang pertama bangun di pagi hari dan dialah juga orang yang terakhir berada di kamar tidur selepas pinggan kotor di sinki dicuci bersih. Cuti rehat memang tidak ujud dalam kerjaya se orang ibu. Adakah anda juga begitu?
Semasa saya berpeluang menjaga ibu, peluang yang diberi oleh adik-adik saya kerana kami sentiasa berebut hendak menjaga ibu. Ibu yang pada waktu itu sudah menjadi se orang pelupa, kerap bertanya siapa saya.
Sekerapnya saya menjawab kata-kata yang serupa, "Saya anak emak, sekarang giliran saya pulak menjaga emak. Semasa saya kecil emak menyanyi di telinga saya. Lagu itu saya nyanyikan semula ke telinga anak saya."
Kerapnya ibu tunduk apabila dia mendengar kata-kata saya. Mungkin dia cuba mengingatkan kesah yang dah berlalu. Apabila dia memandang saya semula, saya menyambung, "Emak membesarkan kami melalui kudrat, keringat, air mata. Sekarang giliran kami adik-beradik menjaga emak. We love you mom more than you probably expected."
Setiap kali saya menjawab begitu, setiap kali itulah mata saya menghasilkan a few drops of tears as I knew, someday she would no longer be here. No matter what my age is, I always need my mother.
Bila baca article ni terus rindu mama saya..
ReplyDeletesedihnya.. missed my mom kt kampung..
ReplyDeleteSaya dah lama tak ada emak.
DeleteEmak kita lebih dari permata nilainya.
Terima kadih hafiza melawat sini.