Kesah benar yang saya temui semasa saya berjalan kaki ke pejabat pada satu pagi di hari Ahad. Hari itu merupakan hari rehat bagi Kuala Lumpur. Saya kena hadir ke pejabat kerana ada perbincangan tak rasmi untuk jabatan.
Masa tu saya tinggal di Kampung Baru. Perbincangan sepatutnya pukul sembilan tapi saya keluar awal dari rumah, pukul 7 pagi dah keluar. Berjalan kaki ke pejabat biasanya tidak lebih dari 30 minit.
Setiba saya di Jalan Melaka, yang sebelum tu dipanggil Malacca Street, saya berhenti di perhentian bas semata-mata untuk berehat, sementara memikirkan tentang sarapan pagi. Jalan raya lengang. Perhentian bas terletak berhampiran dengan sebelum itu dipanggil Jalan Mountbatten yang sekarang dipanggil Jalan Tun Perak. Terdapat se orang pengemis tidur di bangku panjang perhentian. Pakaian dia lusuh, badannya pun berbau.
"Pukul berapa saudara?" bunyi suara wanita bertanya. Rupanya pengemis yang tidur tadi dah terjaga. Dia duduk tegak sambil memegang gendong, mungkin berisi pakaian. Kata-kata tu memberi gambaran kepada saya yang dia bukanlah orang tempatan kerana pertanyaan sedemikian hanya kedengaran di negeri Johor sahaja. Orang Johor masa tu kerap menggunakan perkataan "saudara."
Saya maklumkan kepada dia waktu sebenar sambil bertanya, "Kenapa kakak tidur kat sini?" Saya panggil dia kakak sebab dari wajah dia, mungkin usia dia tidak jauh bezanya dari usia ibu saya. Dari amatan saya dia lebih muda dalam lingkungan 5 tahun dan tak mungkin lebih dari itu.
Muka dia tidak begitu segar sebab baru bangun tidur tapi dari raut wajahnya kelihatan seolah-olah memiliki jiwa yang bersih, menggambarkan keikhlasan hati. Pastinya dia bukan perempuan sebarangan.
"Saya lari dari rumah anak," katanya. Saya tergamam.
"Anak halau ke?" saya tanya lagi.
"Saya memang ada krisis dengan anak. Entahlah. Entah-entah saya yang jadi punca krisis rumahnya," dia bercerita.
Saya tak faham maksud 'krisis rumahnya'. Saya bertanya lagi, "Anak halau ke? Anak tinggal kat mana? Lelaki atau perempuan anak kakak tu?"
Dia tidak berkata apa-apa. Lebih kurang satu minit baru dia berkata semula, "Saya lari dari rumah anak. Ini benar. Saya tak dusta. Tapi pertanyaan saudara yang lain saya tidak berani nak jawab sebab kalau saya cerita kat saudara saya dah menceritakan keburukan hal anak saya. Maaf saudara saya tak sanggup nak cerita."
Saya setuju dengannya. "Suami kat mana?" saya berani bertanya.
"Suami saya tinggal dgn isteri ke dua dia sejak menikah se tahun yang lepas," tenang dia menjawab.
"Kakak," saya menyambung, "Saya tak suka lelaki macam tu."
"Saudara tidak boleh menyalahkan lelaki terutama tentang berbini banyak. Allah membenarkan lelaki mempunyi isteri lebih dari satu. Jangan kita nafikan hak lelaki yang Allah telah maktubkan dalam hukum Nya," dia pandang tepat ke muka saya. Sambungnya lagi, "Yang salah cara dia melayan saya. Saudara nak ke mana ni?"
"Saya nak gi kerja kak," terus mohon diri untuk beredar. Tak beberapa langkah dari situ, terbau masakan roti canai yang diuli dengan minyak sapi meresap ke hidung saya dari restoran berdekatan. "Apa salahnya kalau aku ajak kakak tu sarapan. Ini pahala percuma," hati saya berkata.
Saya berpatah balik terus jumpa dia. "Kak, jom kita minum. Kedai depan tu," saya mempelawa. Dia diam terus tidak menjawab. "Sebenarnya kakak nak ke mana ni," saya bertanya lagi."
Pengantin bersama abang, kakak ipar dan tiga anak saudara: sedondon
"Saya nak balik kampung, kat Johor," dia berkata sambil meletakkan tin susu kosong di depannya. Orang yang lalu di situ ada juga memasukkan syilling ke dalam tin dia. Setiap kali bila orang masukkan duit dia berkata, "Alhamdulillah, semuga rezeki tuan bertambah." Saya mengaminkannya.
"Kakak nak balik Johor? Kenapa mengemis di sini?" saya tanya.
"Saya bukan peminta sedekah. Saya tidak mintak dari sesiapa. Saya hanya menunggu keikhlasan orang yang tau erti terdesak." dia terhenti.
"Saya memerlukan duit sebanyak tiga puluh lima ringgit untuk tambang bas, tambang teksi, untuk makan dan nak beli sikit buah tangan kalau ada lebihan duit. Dari perhentian bas di sana ke kampung saya tak ada bas. Terpaksa sewa teksi. Tambang dikenakan penuh sebab teksi pulang semula ke bandar nanti kosong. Saya baru dapat kutip 11 ringgit. Duduk kat sini dah tiga hari. Bila cukup 35 ringgit saya tinggalkan tempat ni," katanya.
"Kalau begitu lama lagilah kakak menetap kat sini. Tiga hari baru dapat 11 ringgit. Itu tak termasuk duit yang kakak guna untuk makan," saya berkata.
"Lama atau tidak, saya kena tunggu cukup 35 ringgit." Mukanya serius.
"Di johor saya akan bangkit semula. Percayalah. Saya ramai kenalan di sana, ramai yang rapat dengan saya. Saya boleh hidup di sana. Yang penting saya perlu tinggalkan tempat ini. Saya perlu tinggalkan Malacca Street," katanya. Saya kagum sebab dia berkata dengan yakin.
Dia terhenti sebentar. Dia pandang tepat ke muka saya lalu berkata, "Di sini orang pentingkan diri. Senyuman lebih mahal dari duit." Saya megerti maksud dia.
Saya ajak dia bersarapan tapi dia menolak secara baik. Saya desak dan desak baru dia setuju. Di meja sarapan dia senyap tak bercakap. Dia hanya menyebut Alhamdulillah setelah selesai makan. Saya hantar dia ke perhentian bas semula, tidak jauh dari situ. Saya duduk berhampiran cuma gendong pakaian dia yang jadi pemisah.
"Jadi kakak tak cukup 24 ringgit lagi ye,?" saya tanya.
"Mungkin kurang dari 24 sebab tadi dah ada 4 orang yang baik hati," katanya.
"Ini ada 23 ringgit dari saya. Kakak ambiklah untuk tambang balik. Dicampur dgn duit yang kakak ada tentu genap 35 ringgit," sambil saya hulurkan ke tangan dia.
Dia berkata, 'idak,' mengelengkan kepala sambil menolak. "Saya tak boleh terimanya saudara. Terlalu besar. Kalau saya terima, saya tak berkesempatan membalasnya, biarkan saya mencari sendiri melalui ikhasan orang yang mengerti."
Hati saya tersentuh. Dia yang pada awalnya saya anggap pengemis jalanan mempunyai pegangan hidup. Walau pun dengan cara terdesak, menadah tin kosong itu satu usaha baginya.
Sedondon: The last 4Ds
"Kakak, saya tidak mintak balasan. Kalau ada pun balasan biar Allah yang tentukan mengikut niat saya. Saya semata-mata ingin berbakti. Saya tidak ingin melihat se orang wanita yang tersadai di sini disebabkan krisis. Di sini tidak selamat. Ini bakti saya. Krisis itu saya percaya bukan kakak puncanya. Saya juga mencari pahala sampingan. Berilah saya peluang mengutip sedikit pahala. Terimalah," saya merayu.
Tiba-tiba dia peluk saya sambil teresak-esak. Pelukannya erat. Terasa air matanya jatuh di bahu saya. "Terima kasih saudara. Saya belum pernah rasa begini rendahnya diri saya dan saya tidak akan merancang bertemu lagi hidup begini. Saudara memberi azam yang tinggi. Sebelum ini saya pun yakin masih ada manusia yang baik dan pasti saya akan bersua dengan orang itu andainya saya kekal iklas. Terima kasih sebab Allah menemukan saudara di saat saya betul-betul tertekan." Saya terdiam. Dia melepaskan pelukan.
Saya terharu. Dengan niat ikhlas saya hulurkan lagi lima ringgit. Dia menolaknya sambi berkata, "Saya tak boleh terima ni saudara. Sebelum ini saya kerap mohon dari Allah untuk saya dapat kumpul 35 ringgit. Sekarang saya sudah dapat. Saya tak boleh terima ni, melainkan duit 5 ringgit ni usaha dari saya sendiri. Maafkan saya saudara." Saya pujuk dia untuk terima tapi dia tetap dengan pendirian dia.
Saya tunggu sehingga basnya bertolak ke Johor. Kemudiannya baharu saya melangkah perlahan-lahan ke pejabat sambil melambai tangan kepada dia.
Bau busuk badanya melekat pada baju saya. Saya buat tak tau dengan bau tu. Bau tu semakin lama semakin kuat. Saya terus berjalan. Baunya masih ada di baju saya. Bau busuk badannya datang dari keadaan, bukan bau dari hatinya.
Lama-lama saya suka baunya walaupun busuk. Bau dari se orang wanita yang pernah mengemis selama tiga hari. Bau busuk dari se orang wanita yang pernah menitiskan airmatanya ke bahu saya. Se orang wanita misteri yang mempunyai pendirian diri. Saya terus menyambung langkah menghala ke pejabat.
Tidak sedar saya mengeluarkan se titik dua air mata di jalanan. TAMAT.
1. . Dia peminta sedekah, KLIK
2. Cerita manusia berhati jahat, KLIK
3. Jangan marah-marah ustaz KLIK
(Gambar-gambar tiada kaitan dengan cerita. Semata-mata hiasan)
1. . Dia peminta sedekah, KLIK
2. Cerita manusia berhati jahat, KLIK
3. Jangan marah-marah ustaz KLIK
(Gambar-gambar tiada kaitan dengan cerita. Semata-mata hiasan)
"Everyone of us has a story to tell and in sharing we find healing. I pray that my true story will give hope a chance to grow in your hearts."
Musik bahasa kita
Penulis tidak bertanggong jawab terhadap komen yang menyalahi undang-undang, sentimen agama, kaum dan sensiviti individu.
0RANG DAHULU BERBUDI BAHASA.
ReplyDeleteTAK AMBIK KESEMPATAN
Memang. Orang lama penuh dgn budi bahasa
DeleteNice story.
ReplyDeleteTerima kasih tuan.
DeleteSebab sudi baca
DeleteSemoga ALLAH SWT melimpahkan rahmat dan memberi ganjaran buat saudara dan kakak itu juga. Kita doa yang baik-baik sajalah yer! :)
ReplyDeleteNany, berbabanyak terima kasih.
DeleteAmin.
ReplyDeleteNany,
DeleteTerima kasih.
Salam kenal.
Terima kasih. Saya juga ucap salam kenal
Deletedia tak pandai mengambil kesempatan, sukar nak cari orang sebegitu.. semoga dimurahkan rezeki tuan dan dipermudahkan kehidupan kakak tu..
ReplyDeleteMudah2an dia ok sekarang.
DeleteYg penting pada saya ketelusan kita menolong.
Mudah2an dia ok sekarang.
DeleteYg penting pada saya ketelusan kita menolong.
mudah2an kakak tu ok sekarang
ReplyDeleteSaya harap pun begitu. Amin
DeleteAryan, sata harap pun begitu.
DeleteSenyuman lebih mahal dari duit... Sangat deep... Saya rasa sama seperti orang yg berfikiran dpt membeli org lain dgn duitnya.
ReplyDeleteCash is king.
DeleteSenyumlah selagi masih ada gigi.
Senyuman lebih mahal dari duit... Sangat deep... Saya rasa sama seperti orang yg berfikiran dpt membeli org lain dgn duitnya.
ReplyDeleteMai, sorry banyak2. Tak perasan komen ni. Maaf Mai.
Delete