Thursday 20 July 2017

A GOOD FRIEND REMEMBERS EVERYTHING EVEN THAT HURTS


Terima kasih kepada pembaca yang memberi galakan untuk saya bercerita di sini terutama tentang moment saya bersama Maiko. Dengan galakan yang diberi oleh kawan-kawan sekelian menyebabkan niat saya untuk memberhenti menulis kesah Maiko terbantut. Dengan ini saya cuba menyambung ceritanya setakat mana yang boleh dikongsi.

Tengah hari tadi saya terkejut apabila menerima satu kotak yang dikirim oleh Maiko melalui perkhidmatan 'couriea'. Serta merta saya bukanya. Di dalamnya ada lima peket kacang berserta dengan nota pendek. Saya merasasa pelik kerana nota yang di tulis tangan dibuat dalam dua bahasa: bahas Inggeris dan sedikit dalam bahasa Jepun. 

Saya tidak faham tujuan dia menulis dalam tulisan Jepun seperti di bawah.


Tulisannya berbunyi begini: I still remember the day when we together shared a packet of kakinotone and peanuts. You liked it. In this box I attached five packets of kakinotone and peanuts, and they are for you. I hope you like them.

Setelah berjaya menterjemahkan tulisan Jepunnya melalui se orang rakan, di bawah ini maksudnya yang tersirat: I am still missing our moments. Osaka is waiting for you.

Pada waktu itu saya tidak peduli dengan nota dia kerana saya tidak sabar hendak makan peanut yang dikirimnya. 

Maiko kirim lima peket. Saya snap salah satu darinya, di bahagian depan.

Di-snap bahagian belakang

Kami pernah berkongsi makan se peket peanut. Sedap dan tidak cukup untuk kami berdua. Kami menikmatinya di waktu berehat di tepi se batang sungai di Kyoto. Sungai Arshiyama namanya. Pemandangan di sekitarnya sangat indah sebab dijaga dengan rapi. Airnya mengalir terlalu jernih sejernih hati Maiko.

Apabila peanut habis Maiko rapat menghempet saya. Saya sedikit berganjak darinya. Maiko bertanya kenapa saya beralih sedangkan biasanya saya tidak berbuat demikian.

Saya kata baju saya berbau sebab pakai baju semalam. Banyak baju saya masih berada di kedai dhobi kerana tidak sempat mengambilnya. Maiko mengeluarkan minyak wanginya lalu di-spray-nya ke leher saya. Kemudian digosok-gosok leher saya dengan tiga jarinya.

MAIKO:  I'll do this too to my husband to be.

SAYA:  Who is that unlucky guy?

Maiko pandang tepat ke mata saya, tersenyum sambil berkata, "Are you the unlucky guy?"

Saya terkedu sekejap kerana tidak faham kata-katanya. Ada seketika Maiko bertanya saya tentang jodoh. Pasangan yang macam mana jadi pilihan saya.

SAYA: I never though of that. Business makes me forget to look for one.

MAIKO:  When you say you are busy, it's not a reflection of your schedule. It's the reflection of your mind on your schedule. Those who are wise won't be busy and those who are too busy can't be wise. Tell me, are you one of them?

Bukannya mudah untuk berbicara dengan Maiko. Maiko se orang gadis sunti yang lengkap pengetahuan tentang kehidupan walau pun di usia yang masih mentah. Perlukah saya mengaku kalah dengan dia? Tidak sekali, kerana anak Melayu ini yang berasal dari kampung di Malaysia kerap mengatasi gadis matang dari negara maju ini. Saya mempunya strategi untuk kekal menang. Dia tetap berpeluh apabila terima asakan dari saya. Maiko mengaku kehebatannya tercabar.

Saya menjawab, "Maiko, perkahwinan bukan seperti membeli permainan dam ular. Apabila papannya rosak kita buang dan di ganti papan baru. Begitu juga perkahwinan bukannya seperti bermain dam ular. Jodoh bukannya ditentukan oleh buah dadu. Tentang jodoh susah untuk saya memilih kerana ramai yang saya jumpa kesemuanya setanding.

MAIKO:  Find someone who openly communicates her feeling. Someone who realizes that you are not perfect and she never expect you to be. Do put some thoughts on mixed-marriage Adam. I know you never care about her feelings. You never and don't want to care at all. Come on Adam, girls aren't puppets, they have feelings too .............

SAYA:  You are like a compass needle. Do you know what a compass needle is? It always points north and you put me at the north. 

MAIKO:  Tell me now. You are a man and answer me as a man does. If someone says that she likes you and wants always to be near you and that someone is close to you. What is your reaction?

SAYA:  Now you tell me. Who is going to say that to me? Will there be someone willing or would you?

MAIKO: Do you really want to know?

Dipegangnya lengan saya sambil menyuruh saya berdiri.

MAIKO: Do you want to know? Don't ask me again because you know that eyes speak better than words. Let's make a move. 0ur dinner is ready by now and don't make the waiters waiting ....... and please don't make her waiting too.

Kami bergerak perlahan-lahan lalu melintas jalan kerana kedai makanan Islam hanya berada di seberang jalan.

Entry sebelum ini: Entry Tanpa Cerita.


Blog ini memperlawa usahawan untuk beriklan. Nyatakan jenis iklan yang di kehendaki di email: biarlembuyangjadilembu@gmail.com

(This site is our's and all stories belong to us.  Everyone has a story to tell and in sharing we find healing. I expect this story will give hope a good chance to grow in your hearts. Your wisdom and stories are as good as mine.)©

Kamu komen apa saja yang kamu suka dan komen kamu tidak akan dipadam kerana sendiri komen sendiri pikul. Video dalam tulisan ini semata-mata hiasan.

79 comments:

  1. Wahh.. best, macam sedap je peanut dari Maiko tu. haha. mcm novel pulak siap bagi ayat sweet dlm bahasa jepun, then kena translate. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nad, everything from Maiko is sedap. Hihihi.

      Delete
    2. Saya rasa makna dlm tulisan jepun tu tak begitu penting cuma saya agak sejauh mana saya berusaha untuk menterjemahkannya. Itu yg dia nakntengok.That's what i thought?

      She's unique.

      Macam novel? Saya bercadang nak jadikan buku nanti. Itu pun blogggers yg syor.

      Delete
  2. Nad,

    Saya rasa makna dlm tulisan jepun tu tak begitu penting cuma saya agak sejauh mana saya berusaha untuk menterjemahkannya. Itu yg dia nakntengok.That's what i thought?

    She's unique.

    Macam novel? Saya bercadang nak jadikan buku nanti. Itu pun blogggers yg syor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak jugak cerita Maiko saya dah siap tulis. Mungkin tak semua saya muatkan kat sini kelak. Sebahagiannya campur yg dah di published akan jadi buku.

      Delete
  3. Jika Maiko memeluk ugama Islam dengan rela hati, walaupun sebenarnya dia tidak perlu tukar nama tetapi saya syorkan namanya "Markonah".

    Mungkin Tuan Adam boleh memanggilnya dengan nama tersebut mulai sekarang Maiko @ Markonah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Markonah satu nama yg indah. Saya suka nama tu. Ramai perempuan jawa yang cantik2 guna nama Markonah. Saya bukan orang jawa tapi saya tau erti dlm bahasa jawa: gadis yg gemalai atau lemah lembut. Gadis keturunan jawa tulin rasa megah dipanggil dgn nama tu.

      Nama Maknunah pun indah, nama gadis arab.

      Maiko memeluk agama Islam? Itu satu jangkaan yg bukan mudah untuk dipertimbangkan.

      Delete
  4. Kacang tu nampak mcm sedap.
    Bertuah bila kita ada sahabat yang sentiasa mengingati kita.
    Semoga persahabatan Maiko dan Adam akan berkekalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kacang tu memang sedap serupa rasa macam kacang kita kat sini. Bersama sama kacang tu dicampur dgn tepung beras digoreng, yg warna oren panjang-panjang tu. pedas sikit. Setiap paket ada pulak peket kecik, serbuk perasa dia. Saya tak usik serbuk perasa tu.

      Boleh leka bila makan tu.

      Delete
    2. Banyak baiknya bila ada kawan. Tak kiralah siapa kawan kita.

      Delete
  5. Saya rasa pada mata Maiko pun Adam adalah insan yang sangat istimewa dan penting dalam hidupnya.. tengok cara Maiko tulis kepada Adam pun dah boleh tahu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah Radhia. Dia ni memang susah nak dibaca perangai fia. Banyak yg mengelirukan saya.

      Delete
    2. Entah lah Radhia. Maiko ni unique sikit. Susah nak faham maksud dia kadang2.

      Delete
  6. Ai lebih fokus to kacang daripada maiko.. Heheheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Focus to kacang more because kacang depan mata. If Maiko yg depan mata, kacang saya buat2 tak nmpak. Hihihi.

      Delete
    2. Aisya,
      Taklah tu. Saya gurau je. Nanti saya dianggap orang yg gelojoh.

      Delete
  7. Cantik tulisan mailing mesti secantik orangnya. Mama cadangan Adam buatlah satu novel berkenaan maaiko. Mmg best baca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang dah berunding dgn penerbit nak buat buku. Penerbit kata tak perlu buat macam nove. Dia cadang cetak buku 100% macam yg tertulis dalam blog.

      Delete
    2. Sebelum jadi buku saya perlu dpt kebenaran se se orang dulu.

      Delete
  8. 100 gm 483 calories. Adam and Maiko jangan makan banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 483 ÷ 2 = 241.5
      Still can what. Hihihi.

      I love the kingfisher.

      Delete
  9. wahh rindunya rasa kakinotane ni.. entry en adam yang ni rasa dekat di hati je sebab saya pernah sampai ke arashiyama tu.. sambil makan matcha puding di tepi sungai..

    kalau cerita maiko ni dinovelkan, insyaAllah sayalah salah sorang yang akan beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun rindu kat Arashiyama. I'm going there Imm. InsyaAllah. Everything is beautiful and clean kat sana. Kan?

      Bercadang jugak nak buat buku. Penerbit dah kata ok. Let me see lah macam mna.

      Delete
    2. Terima kasih immm beri semangat saya buat buku.

      Delete
    3. wahh nak pegi kyoto lagi ye.. tolonglah makan matcha puding n matcha ice cream ye..hahaha..

      saya pun masih simpan hasrat nak ke jepun lagi, tunjukkan dekat anak2 tempat mami dan ayahnya bermain zaman study dulu.. moga ada rezeki insyaAllah.

      Delete
  10. Terima kasih immm beri semangat saya buat buku.

    ReplyDelete
  11. maiko rindu lettew bang.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ein ni ada2 aje.
      Dia tak akan rindu punya sebab dia selalu sebok.

      Delete
    2. Dia suka kacang tapi Ein suka popcorn. Hihihi.

      Delete
  12. Maiko kirim kacang beserta nota iringan. Maiko rindu time makan kacang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia kirim kacang sebab dia tak habis makan semua. Tentang nota tu, saya no komenlah. Mungkin dia saja2 tulis.

      Delete
  13. Tak sabar nak tunggu penyambungan cerita ni. Interesting!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita Maiko ni susah nak tamat kerana sentiasa ada perkara baru.

      Delete
    2. Lizawati kena sabar sebab antara tulisan saya kat sini diselang seli dengan artikel lain.

      Delete
    3. Nak tahu siapa maiko ni haha

      Delete
    4. Kalau nak tau siapa dia kena baca dari awal.

      Delete
  14. Lizawati kena sabar sebab antara tulisan saya kat sini diselang seli dengan artikel lain.

    ReplyDelete
  15. Hi. This is my first time reading this blog.
    and this post mcm awww sgt. Haha. tertanya tanya ni siapa Maiko haha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. She's a friend of mine living in osaka.

      Delete
  16. Ehh cerita mengenai Maiko..Maiko merindui detik ketika berkongsi kacang tu..itu yang dia kirimkan kacang tu..moga korang berdua dapat bertemu lagi di masa akan datang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diharap begitulah. i am going there again.

      Delete
  17. Diharap begitulah but i am going there again.

    ReplyDelete
  18. sweet sangat cerita Maiko dengan bro..

    tulis la lagi cerita Maiko

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan se orang yg positif. Banyak saya tentang tuan melalui bacaan tulisan tuan. Yg terakhir tiga hari sudah saya baca tentang penapis air. Yg tuan tulis tu semua fakta tapi ramai yg ambik mudah.

      Delete
    2. *Banyak saya tau tentang ......

      Delete
  19. Makan seorang tentu tak seronok macam makan berdua kan...kenangan bersama mana boleh dilupakan. Tadi masa tengok filem hindu hati saya sangat tersentuh bila tengok satu part tu dia sebut nilai2 persahabatan. Bila duk sorang2 sakit pula tu, sangat berarti bila ada kawan sesekali mai bertanya kabar walau sebelum ni tak semesra mana pun bila berjumpa. Mmmm...saya tiba2 jadi teringat dekat kawan-kawan lama yang saya abaikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mala.

      Berkawan ni tak susah tapi rumit. Kita jangan asyikmduduk di satu sudut untuk menunggu kawan. Sebenarnyanya diri kita sendiri yg perlu bersedia untuk menerima mereka sebagai kawan. Persahabatan timbul apabila mereka tahu kehadiran mereka disambut.

      Delete
    2. Ada masanya menuntun film ni berguna. Tak kiralah film tamil ke, film china ke, selagi kita dapat pengajaran, itu dah kira bagus.

      Delete
  20. makan kacang di tepi sungai?memangtak terasa dah habis.sebungkus...mana cukup satu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita duduk tepi sungai tu sebab terdatang awal dua puluh minit untuk dinner. Itu yg kita duduk kat situ sambil makan kacang. Sebungkus untuk dua orang memang tak cukup.

      Kacang tu buat giveaway pun bagus jugak.

      Delete
  21. Firasat akak, maiko adalah jodoh adam.. 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah kak. Saya pun tak tau nak cakap tentang ni sebab maiko ni ganjil sikit. Bayangkanlah saya tak tau bahasa jepun tiba2 dia beri nota dalam tulisan jepun. Tak tau apa muslihatnya. Pelikkan?

      Delete
    2. Kak, perjalanan tu ada ranjau.

      Delete
  22. Wow...bila baca entri ni..rasa berbunga bunga..
    All the best Adam...
    #prayforhappyending

    ReplyDelete
  23. Mungkin beliau adalah "hadiah"
    dari Allah di atas segala kesabaran selama ini. Andainya iya, bimbinglah ke jalan-Nya. Pahalanya sgt besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih miss mirror.
      Saya pun tak tau nak cakap apa.

      Delete
  24. Maiko sukakan Adam tu. Dah banyak kali dia bagi hint, walaupun dah macam bukan hint pun,sebab memang dah terang jelas nyata lagu bersuluh. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ainniah,
      entahlah. saya memang belum faham dia benar2.
      let us see what is next.

      Delete
  25. Adam suka bermain kata dengan maiko. Suka tengok maiko berkata2 dengan bernas. Anyhow, you should know what maiko meant right? Or lelaki memang tak faham sebenarnya? Haha.

    Otherwise, IQ rasa adam masih perlukan masa. Tu je. Thats why adam masih berdalih2

    ReplyDelete
    Replies
    1. IQ
      Biasanya salah satu sebab manusia tewas ialah kerana kata kata. Lata kata boleh mengubah mood, mengubah perasaan. Yg saya takutkan ialah kata.

      Tak salah kan kalau kita berhati hati memahami kata2. Thanks IQ.

      Delete
  26. Adam...percayalah...Maiko menyukai kamu Adam...cuma adam saje nak test dia sejauh mana pemikiran dia boleh pergi...sebenarnya seronok layan pemikiran wanita ni...sebab kita boleh tahu maksud tersirat dan terjemahan secara tersurat.

    Maiko ni bijak..dia tulis dalam tulisan jepun...haaa pemalu dan nak berterus terang. Jangan biar Maiko tertunggu lama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah ju.
      Saya ni kadang2 sesat dalam berkawan.

      Delete
  27. Kadang2 perempuan dah bagi hint tapi lelaki buat2 macam tak faham. Atau sebenarnya tak faham. Huhu.

    🤗😙

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia belum betul2 jual. Itu sebab saya tak beli. Setakat hint tak ada tawar menawar.

      Thanks reenex. Singgahlah lagi.

      Delete
  28. ok baca dgn memahami.. nk gelak atau serius pun ada hahahaha.. well org kdg2 bila jual .. ada masa rugi juga kalau tak beli hahaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dgn tuan, rugi tak beli bila ada orang jual. Lebih beruntung mungkin, kalau tidak membeli jika keperluannya belum ada.

      Thank you for the commment. Love it.

      Delete
  29. da mcm novel pula bila baca entri ni..heehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tulis cara tu, bersopan seba budak sekolah pun ada yang baca. Tak boleh lah tulis macam tulis sms.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...